Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Isu pengurusan dalam pelaksanaan GIS : satu kes kajian terhadap pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia

Abd. Rasid, Kamaruzaman (1995) Isu pengurusan dalam pelaksanaan GIS : satu kes kajian terhadap pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation and Real Estate.

[img]
Preview
PDF
705kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

'Geographical Informations System' (GIS) adalah satu teknologi maklumat yang amat penting terutama di negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Walaupun teknologi ini perkara yang baru bagi jabatan-jabatan kerajaan, kbasnya pihak berkuasa tempatan, kesedaran kearah pelaksanaan dan penubuhannya amat memberangsangkan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pelaksanaan GIS di sembilan puluh enam buah pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia iaitu samada telah mempunyai unit GIS atau dalam penyediaan peringkat akhir ke arah pelaksanaannya ataupun mempunyai cadangan untuk menubuhkan sistem GIS ini dalam masa berapa tahun lagi. Maklumat berkaitan teknologi (perkakasan dan perisian) dan bentuk data yang sedia ada dikaji bagi menentukan masalah yang dihadapi bagi tujuan pelaksanaan GIS. Manakala isu pengurusan terutama membabitkan perkara kekurangan kepakaran dan latihan, tahap kesedaran di semua peringkat organisasi, perancangan dan kepimpinan telah dikaji secara terperinci melalui soal selidik yang diadakan. Ketiadaan jawatan-jawatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang GIS menjadi faktor utama kelemahan mencapai tahap produktif yang berkesan. Tambahan pula personel yang mempunyai pengetahuan komputer tidak didedahkan kepada latihan dan pengetahuan berkaitan GIS.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains (Ukur Industri)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995
Uncontrolled Keywords:Geographical Informations System (GIS), teknologi
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:43849
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Dec 2014 01:15
Last Modified:30 Aug 2021 04:17

Repository Staff Only: item control page