Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Teknologi multimedia : pembelajaran al-quran

Hasan, Hayati (1992) Teknologi multimedia : pembelajaran al-quran. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Computing.

Full text not available from this repository.

Abstract

Selaras dengan perkembangan teknologi masakini yang menitikberatkan bidang teknologi maklumat, satu kaedah penyampaian maklumat yang lebih berkesan telah dikenalpasti. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah kaedah Multimedia atau lebih tepat lagi Video Interaktif yang bukan sahaja dipercayai berkesan bahkan lebih menarik dan bermakna. Disamping itun juga akan dapat menghasilkan suatu suasana pendidikan yang berkualiti tinggi. Bagi mengukur keberkesanan kaedah tersebut di dalam pendidikan sebagai teknologi maklumat masakini, sistem prototaip pembelajaran hukum-hukum tajwid Al-Quran menggunakan teknik video interaktif telah dibangunkan. Sistem ini melibatkan penggunaan perkakasan komputer yang canggih dan peralatan storan optik cakera laser vidoeo untuk menyimpan maklumat video mengenai keterangan hukum-hukum tajwid Al-Quran berserta contoh-contoh membaca surah lazim seperti Surah Adhuaa. bahan-bahan video ini merupakan input kepada sistem prototaip yang dibangunkan. Tesis ini mengemukakan hasil kajian multimedia di dalam pendidikan amnya dan pendekatan multimedia di dalam mempelajari hukum-hukum tajwid Al-Quran khususnya. Di samping itu juga, beberapa aspek penting mengenai teknologi baru ini akandibincangkan. Tumpuan diberikan kepada penggunaan sistem multimedia padakomputer-komputer Macintosh. Katakunci : teknologi maklumat, multimedia,pendidikan yang berkualiti, perkakasan komputer yang canggih, video interaktif, storan optik, cakera laser video.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains (Sains Komputer)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Computing
ID Code:43740
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Dec 2014 01:15
Last Modified:08 Oct 2017 09:02

Repository Staff Only: item control page