Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penjana aturcara CAI

Mahmood, Azmi (1992) Penjana aturcara CAI. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Computing.

Full text not available from this repository.

Abstract

Sejak akhir-akhir ini pendekatan penjanaan aturcara menjadi begitu popular penggunaannya dan telah dilaksanakan oleh kebanyakan perisian yang bertindak sebagai penjana aturcara. Ini adalah kerana penjana aturcara dapat membantu membangunkan perisian di dalam masa yang singkat. Secara tidak langsung proses pengaturcaraan tidak lagi diperlukan di dalam kitaran hayat pembangunan perisian. Aturcara yang dijana biasanya merujuk kepada fungsi-fungsi yang mesti disediakan setiap kali membangunkan perisian, contohnya fungsi antaramuka dan pangkalan data. Oleh itu dengan adanya penjana aturcara, masa yang lebih dapat ditumpukan kepada pengaturcaraan yang lebih kompleks seperti proses pengiraan yang melibatkan kerja-kerja saintifik atau kejuruteraan. Tesis ini membincangkan suatu penyelidikan yang melibatkan penjanaan aturcara sebagai satu pendekatan untuk mempercepatkan pembangunan pakej CAI. Oleh itu sebuah perisian yang bertindak sebagai penjana perlu dibangunkan terlebih dahulu. Perisian ini dikenali sebagai Penjana Aturcara CAI atau nama ringkasnya ialah PACAI. Penjana ini bertanggungjawab untuk menjana aturcara spesifik kepada kegunaan CAI. Dengan terhasilnya pakej CAI yang dijana maka pelajar-pelajar di sekolah terutamanya pada peringkat rendah akan menggunanya sebagai membantu dari segi pembelajaran. Faedah yang dapat diberikan oleh penjana selain daripada membangunkan pakej CAI di dalam masa yang singkat ialah, pengguna seperti pendidik dapat menghasilkan pakej tersebut tanpa memerlukan kemahiran dari segi pengaturcaraan komputer. Disamping itu juga pengguna boleh mengubahsuai pakej CAI secara serta-merta jika isi kandungannya tidak sesuai untuk diajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Computing
ID Code:43737
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Dec 2014 01:15
Last Modified:08 Oct 2017 09:04

Repository Staff Only: item control page