Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

The development of real-time daylight sky colour simulation for virtual environment

Sunar, Mohd. Shahrizal and Bade, Abdullah (2005) The development of real-time daylight sky colour simulation for virtual environment. Project Report. Faculty of Computer Science and Information System, Skudai Johor. (Unpublished)

[img] PDF (full text)
1801Kb

Abstract

Grafik komputer kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan simulasi dunia sebenar dengan penjanaan imej yang realistik, terutamanya untuk persekitaran luaran yang memerlukan langit sebagai latar belakang utama. Kajian penyelidikan ini bertujuan untuk menjanakan simulasi warna langit di waktu siang yang dapat memodelkan langit daripada sebarang lokasi di muka bumi. Kajian yang dilakukan hanya tertumpu kepada keadaan warna pada langit sahaja tanpa mengambil kira objek-objek lain yang terdapat pada langit seperti awan, pelangi, kesan atmosfera dan sebagainya. Kaedah dom langit atau hemisfera digunakan dalam pembangunan simulasi ini. Antara perkara-perkara yang penting dalam menentukan kedudukan matahari ialah waktu, tarikh dan lokasi pemerhati. Lokasi pemerhati ditentukan berdasarkan longitud dan latitud muka bumi. Model dom digunakan sebagai perwakilan kepada langit. Formula matematik asas untuk sfera digunakan untuk memodelkan struktur data yang mantap bagi model dom. Warna langit pula dikira dengan menggunakan model analitik bagi langit. Warna langit yang telah dikira akan dipetakan kepada verteks-verteks dalam dom. Kemudian warna di antara setiap verteks akan dikira secara interpolasi dan dilorekkan secara halus bagi menghasilkan anggaran warna bagi langit. Teknik ini telah dapat menaikkan lagi prestasi dan melajukan penghasilan simulasi. Justeru, ia adalah sangat sesuai bagi dilaksanakan terhadap aplikasi masa nyata dan juga dapat memberikan sumbangan terhadap model cuaca dalam permodelan persekitaran.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:Real-time daylight sky colour, virtual environment
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:4337
Deposited By: Azrin Ariffin
Deposited On:25 Jun 2008 03:31
Last Modified:01 Jun 2010 03:16

Repository Staff Only: item control page