Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Proses fabrikasi dan pencirian bahan polimer HD4000 untuk aplikasi fotonik

Muda, Razali (2004) Proses fabrikasi dan pencirian bahan polimer HD4000 untuk aplikasi fotonik. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Electrical Engineering.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://libraryopac.utm.my/client/en_AU/main/search...

Abstract

Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang optik bersepadu berasaskan bahan polimer sedang mengalami perkembangan pesat dewasa kini. Pelbagai jenis bahan polimer telah menunjukkan potensi yang sangat baik untuk aplikasi peranti optik atau fotonik pada masa hadapan. Oleh sebab itu, kajian mi bertujuan untuk mengenalpasti proses fabrikasi pandu gelombang planar berasaskan bahari polimida pekacahaya HD4000 danjuga untuk menjalankan proses pencirian terhadap bahan tersebut melalui kaedah —kaedah konvensional. Antara sebab utama bahan polimer HD4000 dipilih dalam kajian mi ialah kerana ia memenuhi hampir semua ciri —ciri polimer yang diperlukan untuk aplikasi peranti pandu gelombang optik seperti mempunyai indeks biasan yang sedikit lebih tinggi berbanding substrat kaca, kehilangan perambatan yang rendah dan juga proses fabrikasi yang mudah. Dalam kajian mi, proses fabrikasi yang telah dijalankan termasuklah spin —coating, pemanasan lembut danjuga dedahan kepada sinar ultra ungu. Kemudian, proses pencirian dijalankan terhadap pandu gelombang tersebut menggunakan beberapa kaedah tertentu seperti gandingan prisma, cahaya tersebar, spektro —fotometri, scanning electron microscope dan juga melalui pemerhatian fizikal. Parameter optik yang dikaji dalam kajian mi termasuklah kesan dedahan sinar ultra ungu terhadap perubahan indeks biasan, hubungan antara ketebalan lapisan pandu dan halaju putaran mesin spin —coater, ketelusan bahan terhadap tetingkp panjang gelombang dan juga perubahan warna dan sifat -sifat fizikal bahan apabila dipanaskan secara lampau. Dalam kajian mi, didapati dedahan sinar ultra ungu terhadap bahan polimida HD4000 hanya menyebabkan perubahan kecil sahaja pada nilai indeks biasan iaitu dalamjulat antara 0.125% hingga 0.504% sahaja dan nilai asal. Kehilangan perambatan minima bagi bahan polimer mi yang diukur pada panjang gelombang ?0.663 .im didapati bernilai 3.78 dB/cm.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Kejuruteraan (Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2004
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:Electrical Engineering
ID Code:42502
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:02 Nov 2014 02:37
Last Modified:06 Sep 2020 04:44

Repository Staff Only: item control page