Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keupayaan kanji jagung sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir dalam industri huluan petroleum

Ismail, Issham and Idris, Ahmad Kamal (1997) Keupayaan kanji jagung sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir dalam industri huluan petroleum. Proceedings of Science & Technology Developments in the East Coast States with Special Reference to Chemistry .

[img] PDF
387kB

Abstract

Kawalan kehilangan bendalir merupakan suatu fenomena yang penting apabila sesebuah telaga minyak berada dalam fasa penggerudian dan pelengkapan. Selulos hidroksietil (HEC) sering diguna bagi menghasilkan kawalan bendalir yang berkesan. Kehilangan bendalir yang berlebihan ke dalam formasi boleh menyebabkan masalah lekatan paip, kerosakan formasi, dan pengurangan kadar pengeluaran minyak. Kajian yang dilakukan terhadap kanji jagung menunjukkan bahawa kanji terbabit berupaya menghasilkan ciri-ciri yang setanding dengan HEC dalam mengawal masalah kehilangan bendalir lumpur penggerudian. Kertas kerja ini turut membincangkan sifat-sifat fizik dan kimia kanji jagung dan HEC.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kerosakan formasi, kanji jagung, kawalan kehilangan bendalir, lumpur penggerudian, selulos hidroksietil (HEC)
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Q Science > QD Chemistry
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4226
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:23 Aug 2007 09:40
Last Modified:01 Jun 2010 03:15

Repository Staff Only: item control page