Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian faktor risiko belia terlibat dengan penyalahgunaan bahan di kawasan bandar di Negeri Johor

Manab, Rosnah (2013) Kajian faktor risiko belia terlibat dengan penyalahgunaan bahan di kawasan bandar di Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
901kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbandingan faktor risiko demografi, internal dan eksternal dalam kalangan belia yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan di kawasan bandar di Negeri Johor. Kajian ini amat penting untuk dilakukan kerana akan memberi manfaat yang besar terhadap pihak-pihak yang berkepentingan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, masyarakat setempat dan negara. Kajian ini telah menggunakan software Winstep dan Rasch Model dalam membuat perbandingan faktor-faktor risiko penyalahgunaan bahan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dari segi reka bentuk kajian, penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan yang dilakukan melalui soal selidik yang diedarkan kepada 295 orang pelatih di Rumah Komuniti Penyayang di negeri Johor.Lokasi kajian pula hanya melibatkan di Daerah Pontian, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru, Segamat dan Kluang dan keatas respondan yang berasal dari bandar di Rumah Komuniti Penyayang. Kesahan dan keboleh percayaan instrument telah diuji dan dianalisi melalui kajian rintis yang telah dilakukan di Rumah Komuniti Penyayang Daerah Muar, Johor.Hasil kajian telah menunjukkan faktor jantina lelaki berumur diantara 19-39 tahun yang bekerja sebagai buruh am, berpendidikan sehingga SPM dan bujang adalah faktor risiko demografi yang paling mempengaruhi belia dikawasan bandar diseluruh negeri Johor terhadap penyalahgunaan bahan.Manakala faktor risiko internal dan eksternal menunjukkan faktor rakan sebaya meupakan faktor risiko yang utama terhadap penyalahgunaan bahan dikawasan bandar. Data yang diperolehi dari jawapan soal selidik akan dianalisis dan dibuat laporan untuk menghasilkan dapatan yang berguna untuk semua pihak.Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan diperluaskan kepada responden bukan sahaja di Rumah Komuniti Penyayang, bahkan kepada pelatih-pelatih di Pusat Serenti, penjara dan sebagainya.Kajian lanjutan juga boleh diperluaskan bukan sahaja di negeri Johor, bahkan di seluruh Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013 ; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohamed Sharif Mustaffa
Uncontrolled Keywords:problem youth, counseling
Subjects:H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions:Education
ID Code:41656
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:08 Oct 2014 02:20
Last Modified:19 Jul 2017 06:49

Repository Staff Only: item control page