Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ujian kehomogenan keputusan modal sebahagian singkapan batuan granit di KM lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Sheikh Almashoor, Syed and Junin, Radzuan (1986) Ujian kehomogenan keputusan modal sebahagian singkapan batuan granit di KM lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Sains Malaysiana, 15 (1). pp. 1-11.

[img] PDF
299kB

Abstract

Analisis varians satu hala telah dijalankan secara terperinci terhadap 24 keputusan modal daripada lapan sampel granit yang dikutip dari sebahagian satu keratan jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak. Singkapan kelihatan seperti seragam dari segi tekstur dan kandungan mineralnya. Penyampelan dipastikan rawak dengan mengikut reka bentuk penyampelan multitahap. Tiap sampel dibuatkan tiga keratan nipis atau subsampel dan kandungan modalnya didapati dengan kiraan titik di bawah mikroskop. Ujian F dijalankan terhadap keputusan analisis varians untuk mengetahui secara kuantitatif darjah keyakinan kandungan modal tiap mineral komponen. Antara lima mineral yang diuji, dua, iaitu feldspar alkali dan muskovit, didapati tidak homogen pada had keyakinan 5%. Keputusan tersebut mungkin disebabkan oleh saiz feldspar (terkasar) dan bentuk muskovit (leper). Keyakinan yang diberi kepada hanya satu keputusan analisis modal untuk mewakili satu populasi dipersoalkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Feldspar, keratan nipis, lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, muskovit, penyampelan multitahap, singkapan batuan granit, ujian F, ujian kehomogenan
Subjects:Q Science > QE Geology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4115
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:30 Jul 2007 08:53
Last Modified:27 Oct 2010 01:32

Repository Staff Only: item control page