Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Lempung serisit Bidor, Perak: suatu contoh kaedah yang digunakan untuk taksiran awal bagi lempung seramik dan industri

Junin, Radzuan (1990) Lempung serisit Bidor, Perak: suatu contoh kaedah yang digunakan untuk taksiran awal bagi lempung seramik dan industri. Persidangan Sains Bumi dan Masyarakat. . pp. 205-219.

[img] PDF
614kB

Abstract

Luluhawa setempat ke atas syis kuarza-mika telah membentuk lempung serisit di sekitar Bidor, Perak. Lima belas sampel mendapan lempung tersebut dikumpul dengan cara penggerimitan dan penggalian. Lempung ini secara dominan terdiri daripada ilit/ muskovit, kaolinit dan kuarza, sementara ilmenit, alkali feldspar dan smektit wujud sebagai mineral surihan. Serpihan-serpihan kecil muskovit didapati banyak terdapat dalam pecahan lempung kasar, manakala penjumlahan ilit semakin meningkat dalam pecahan yang lebih kecil. Kewujudan mineral tak plastik seperti muskovit dan kuarza dan juga saiz zarah bahan lempung mempengaruhi sifat keplastikan lempung. Lempung Bidor mempunyai pengecutan bakar rendah hingga sederhana dan warna bakar yang putih samara hingga kelabu. Data daripada sifat-sifat fizik mencadangkan bahawa lempung ini tidak sesuai digunakan sebagai bahan penyalut pada kertas. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh diguna sebagai bahan pengisi dalam industri getah, plastic, cat dan fluks kimpalan. Disebabkan lempung Bidor mempunyai semua ramuan secara semula jadi, maka ia begitu sesuai digunakan untuk keluaran batu bata dan barangan tembikar (earthenware).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, lempung serisit, luluhawa, penggalian, penggerimitan
Subjects:Q Science > QE Geology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4103
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:26 Jul 2007 09:58
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page