Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prestasi pembakaran menggunakan pemusar udara aliran paksi dengan nombor pusar yang berbeza

Ahmad, Mohd. Haris and Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri and Ishak, Mohamad Shaiful Ashrul (2013) Prestasi pembakaran menggunakan pemusar udara aliran paksi dengan nombor pusar yang berbeza. Perintis E-Journal, 3 (1). pp. 32-44. ISSN 2232-0725

Full text not available from this repository.

Abstract

Pemusar udara, selain menstabilkan nyalaan merupakan kawalan pasif bagi mengurangkan emisi gas ekzos. Bahan cemar yang keluar bersama gas ekzos terdiri daripada gas nitrogen oksida (NOx), sulfur dioksida (SO2) dan karbon monoksida (CO). Pelbagai kaedah boleh diadaptasi bagi mengurangkan penghasilan gas emisi dari pembakaran, antaranya ialah penambahbaikan teknik pembakaran dalam usaha mengurangkan penghasilan gas emisi dari pembakaran tersebut. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan aliran berpusar. Dengan menggunakan pemusar udara aliran paksi, emisi gas NOx dapat dikurangkan kerana pembakaran yang lebih lengkap dan kecekapan pembakaran yang lebih tinggi dapat dihasilkan. Kadar emisi ini bergantung kepada sudut pesongan bilah pemusar yang digunakan dan dibuktikan keberkesanannya melalui penggunaan pemusar udara aliran paksi di dalam ujian pembakaran yang dijalankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gas emisi, NOx, SO2, CO, pemusar udara.
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Chancellery
ID Code:41020
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 Aug 2014 08:19
Last Modified:15 Feb 2017 06:49

Repository Staff Only: item control page