Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan internet dan persepsi politik mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Awang Besar, Junaidi and Mat Jali, Mohd. Fuad and Lyndon, Novel and Ali, Mazlan (2013) Penggunaan internet dan persepsi politik mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 16 (n/a). pp. 1-13. ISSN 0128-2735

Full text not available from this repository.

Abstract

Mahasiswa merujuk kepada kumpulan pelajar yang berada di peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan yang formal di sesebuah negara. Mereka berumur dalam lingkungan 18 hingga 23 tahun dan merupakan penuntut di peringkat Ijazah Sarjanamuda. Mereka merupakan generasi yang akan mewarisi seterusnya memimpin negara dan menjadi tonggak kepada perpaduan dan hala tuju negara pada masa akan datang seterusnya dihormati oleh masyarakat kerana ketinggian tahap pelajaran dan dapat memikirkan masa depan kemajuan masyarakat. Pemikiran mereka yang kritis terhadap perkembangan isu semasa dipengaruhi oleh pendedahan maklumat sejak di universiti lagi, ditambah pula dengan sumber maklumat yang pelbagai sama ada melalui lisan, bercetak mahupun melalui atas talian yang tidak terbatas. Justeru, adalah menjadi tujuan artikel ini untuk meneliti penggunaan internet dan persepsi politik mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang kaji selidik terhadap 300 orang responden yang merupakan pelajar UKM di samping rujukan maklumat sekunder daripada buku-buku ilmiah, jurnal, laporan, laman web/sesawang, blog dan majalah. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh internet dan media sosial memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perlakuan politik para mahasiswa. Mereka juga kritis terhadap isu semasa tetapi masih merupakan kumpulan intelek yang menyokong pentadbiran universiti dan kerajaan. Namun demikian, kerajaan perlu mendengar dan mengambil kira pandangan mereka dalam usaha memajukan masyarakat dan negara.

Item Type:Article
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Perdana School of Science, Technology and Innovation Policy
ID Code:40978
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 Aug 2014 08:19
Last Modified:23 Aug 2017 06:40

Repository Staff Only: item control page