Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengenalpastian dan pencirian gen trichoderma virens UKM1 mengekod enzim terlibat dalam pencuraian kitin krustasea

Abdul Murad, Abdul Munir and Badrun, Rafidah and Shahabudin, Sakina and Kamaruddin, Shazilah and Ahmad Zairun, Madihah and Khairuddin, Farahayu and Mahadi, Nor Muhammad and Md. Illias, Rosli and Zainal, Zamri and Abu, Farah Diba (2013) Pengenalpastian dan pencirian gen trichoderma virens UKM1 mengekod enzim terlibat dalam pencuraian kitin krustasea. Sains Malaysiana, 42 (6). pp. 715-724. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Abstract

Kitin merupakan polisakarida struktur yang dapat dicurai oleh enzim kitinolisis kepada pelbagai terbitan yang boleh digunakan dalam bidang perubatan, pertanian dan rawatan air. Pengenalpastian dan pencirian gen-gen Trichoderma virens UKM1 mengekod enzim terlibat dalam pencuraian kitin krustasea telah dilakukan melalui penjanaan penanda jujukan terekspres (ESTs) dan analisis pengekspresan gen menggunakan mikroatur DNA. Sebanyak tiga perpustakaan cDNA T. virens UKM1 yang masing-masing diaruh oleh kitin, glukosamina dan kitosan telah dibina. Sejumlah 1536 klon cDNA telah dijujuk dan sebanyak 1033 ESTs berkualiti telah dijana. Seterusnya, perbezaan pengekspresan gen apabila pertumbuhan kulat diaruh dengan kehadiran kitin krustasea dan tanpa kitin pada hari ketiga dan kelima telah ditentukan. Sebanyak 1824 klon cDNA telah dititik ke atas slaid kaca dan dihibrid bersama dengan cDNA terlabel Cy3 atau Cy5 yang disintesis daripada mRNA yang dipencil daripada kulat yang ditumbuhkan dalam medium mengandungi kitin krustasea atau glukosa (kawalan). Sebanyak 91 dan 61 gen, masing-masing bagi hari ketiga dan kelima didapati terekspres melebihi dua gandaan apabila kulat menggunakan kitin krustasea sebagai sumber karbon. Beberapa gen mengekod kitinase seperti ech1 dan cht3 (endokitinase), nag1 (eksokitinase) dan nagB (glukosamina 6-P-deaminase) didapati terekspres dengan tinggi pada kedua-dua hari. Selain daripada itu, gen mengekod protein hidrofobin, protease serina dan beberapa protein hipotetik juga terekspres dengan tinggi dengan kehadiran kitin krustasea. Protein-protein ini dijangka memainkan peranan penting dalam membantu pencuraian kitin krustasea.

Item Type:Article
Subjects:Q Science > QD Chemistry
ID Code:40977
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 Aug 2014 08:19
Last Modified:23 Aug 2017 06:37

Repository Staff Only: item control page