Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan dan kesesuaian modul pro elektrolisis berasaskan pengetahuan pedagogi kandungan

Jasmi, Jaslina and Ibrahim, Nor Hasniza (2013) Pembinaan dan kesesuaian modul pro elektrolisis berasaskan pengetahuan pedagogi kandungan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 23 (1). pp. 56-66. ISSN 0128-4290

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina modul pengajaran iaitu Modul Pro Elektrolisis, bagi konsep-konsep asas Elektrolisis berdasarkan kepada Pengetahuan Pedagogi Kandungan Sains (PPK). Kajian ini juga turut mengkaji kesesuaian Modul Pro Elektrolisis yang telah dibina. Bagaimanapun untuk mencapai tujuan tersebut, seramai lapan orang guru kimia di lima buah sekolah sekitar Daerah Hulu Langat, Selangor dipilih sebagai responden kajian. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrument untuk menilai perspektif guru terhadap kesesuaian kandungan, keberkesanan kaedah pengajaran dan juga cadangan penambahbaikan dalam modul ini. Data yang diperolehi di analisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar guru sains telah memberikan pandangan positif mengenai Modul Pro Elektrolisis yang memuatkan komponen-komponen utama dalam PPK iaitu 1) Pengetahuan terhadap elektrolisis, 2) Pengetahuan terhadap kepentingan elektrolisis, 3) Pengetahuan terhadap kesukaran pelajar, 4) Pengetahuan terhadap strategi pengajaran dan 5) Pengetahuan terhadap teknik penilaian bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Dapatan kajian juga mendapati modul ini mampu mengatasi masalah pelajar dalam memahami konsep Elektrolisis. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk memperbaiki modul agar lebih menarik dan efektif.

Item Type:Article
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:40974
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 Aug 2014 08:19
Last Modified:23 Aug 2017 04:39

Repository Staff Only: item control page