Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kerosakan formasi: punca utama kepada pengurangan pengeluaran minyak

Ismail, Issham and Teow, Keat Seang (2000) Kerosakan formasi: punca utama kepada pengurangan pengeluaran minyak. Prosiding Seminar Advances in Malaysian Energy Research .

[img] PDF
311kB

Abstract

Kerosakan formasi yang merujuk kepada pengurangan ketertelapan batuan reservoir yang disebabkan oleh kemasukan partikel halus dan turasan lumpur gerudi ke dalam liang batuan reservoir berkaitan, kerap menghalang pengeluaran minyak ke permukaan. Kerosakan formasi ialah suatu fenomenon yang tidak dapat dielakkan secara total, tetapi boleh dikurangkan ke tahap minimum jika langkah-langkah yang sewajarnya dititikberatkan ketika berlangsungnya fasa penggerudian lubang telaga. Kertas kerja ini membincangkan kerosakan formasi yang dialami sampel teras batu pasir barea bila dicemari dengan lumpur gerudi dasar air. Penjelasannya dimantapkan lagi dengan penyelitan contoh daripada kajian yang telah dilaksanakan. Selain itu, kertas kerja ini turut menjelaskan kajian yang sedang dijalankan, iaitu kajian tentang kesan kedudukan rentetan paip gerudi di dalam lubang telaga terhadap kerosakan formasi. Kajian berkaitan bukan sahaja sekadar pembinaan sebuah rig yang menyerupai keadaan di medan, malah formulasi lumpur gerudi yang akan digunakan juga berdasarkan formulasi lumpur yang sering diguna pakai oleh syarikat gergasi minyak di Malaysia. Keputusan yang diperoleh boleh membantu mengoptimumkan pengeluaran minyak dari sesebuah reservoir yang berada di dalam kerak bumi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Formulasi lumpur gerudi, kerosakan formasi, pengurangan pengeluaran minyak, teras batu pasir Berea
Subjects:Q Science > Q Science (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4085
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:24 Jul 2007 09:34
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page