Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan bahan asas besi tempatan sebagai bahan pemberat dalam lumpur penggerudian

Ismail, Issham and Othman, Ariff and Idris, Ahmad Kamal and Mohd. Johan, Zulkifli and Ha, Kwong Tak (1994) Penggunaan bahan asas besi tempatan sebagai bahan pemberat dalam lumpur penggerudian. Proceedings of Malaysian Science and Technology Congress '94 . pp. 161-166.

[img] PDF
278kB

Abstract

Kertas kerja teknikal ini merumuskan hasil suatu kajian awal yang telah dilakukan terhadap bahan asas besi tempatan, iaitu hematit dan ilmenit sebagai bahan pemberat dalam lumpur penggerudian. Kajian ini melibatkan kerja-kerja di makmal. Setakat ini, tumpuan hanya diberikan kepada sifat-sifat asas bendalir penggerudian apabila bahan asas besi tempatan tersebut digunakan sebagai bahan pemberat dalam lumpur penggerudian dasar minyak dan lumpur penggerudian dasar air. Kesesuaian kedua-dua bahan ini kemudiannya diuji dengan membandingkan sifat-sifat yang dihasilkan terhadap sifat lumpur penggerudian piawai. Keputusan awal menunjukkan bahawa ilmenit dan hematit berpotensi untuk menggantikan barit sebagai bahan pemberat dalam lumpur penggerudian. Ini jelas kelihatan apabila beberapa sifat lumpur yang dihasilkan oleh ilmenit dan hematit berada dalam batasan yang dibenarkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahan asas besi tempatan, barit, hematit, ilmenit, reologi lumpur penggerudian
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4083
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:23 Jul 2007 09:16
Last Modified:14 Aug 2017 03:47

Repository Staff Only: item control page