Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian aliran pelbagai fasa dalam industri huluan petroleum

Ismail, Issham and Junin, Radzuan (2000) Kajian aliran pelbagai fasa dalam industri huluan petroleum. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-4 . pp. 157-163.

[img] PDF
336kB

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan kajian aliran pelbagai fasa dalam industri petroleum, yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian yang mutlak. Skop kajian adalah melibatkan peramalan tekanan di dalam rentetan tetiub yang tergantung di dalam sebuah telaga minyak. Secara umum, peramalan tekanan tersebut boleh dilakukan secara manual atau berbantu komputer. Petronas juga tidak ketinggalan dalam pelaksanaan projek ini, yang mana mereka telah membekalkan data medan yang diperlukan. Penglibatan kakitangan makmal pula terutama juruteknik dalam pembangunan perisian aliran pelbagai fasa begitu mengecewakan, yang mana beberapa faktor yang menyumbang kepada kekangan tersebut dihuraikan dalam kertas kerja ini. Walau bagaimanapun, juruteknik begitu aktif terlibat dalam pembinaan rig aliran pelbagai fasa, iaitu ketika fasa mereka bentuk, fabrikasi, dan pelaksanaan uji kaji. Penglibatan mereka didapati berkurang dengan ketara bila masuk ke dalam fasa penganalisisan data uji kaji. Hasil kajian yang diperoleh adalah menggalakkan. Dalam hal ini, setiap sekaitan yang digunakan didapati memberikan keputusan yang baik untuk keadaan tertentu. Dengan perkataan lain, tiada satu pun sekaitan termasuk model mekanistik (yang berlatarbelakangkan asas matematik tertentu) yang memberikan hasil yang baik untuk semua kes yang dikaji

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Aliran pelbagai fasa, model mekanistik, rig aliran pelbagai fasa, sekaitan aliran pelbagai fasa
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4081
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:23 Jul 2007 08:45
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page