Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penterjemahan: pemangkin perkembangan sains dan teknologi negara membangun

Ismail, Issham (1997) Penterjemahan: pemangkin perkembangan sains dan teknologi negara membangun. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-6 . pp. 175-183.

[img] PDF
463kB

Abstract

Negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan lain-lain lagi mempunyai ekonomi kukuh yang sebahagian besarnya disokong oleh kegiatan yang berasaskan sains dan teknologi. Sebagai contoh, lebih kurang 65% pendapatan tahunan Amerika Syarikat disumbang oleh sektor pembuatan. Amerika Syarikat dan negara Eropah lain sedar tentang peri mustahaknya sains dan teknologi selepas berlakunya era revolusi perindustrian pada akhir abad ke-18. Dalam hal ini, mesin diguna untuk menghasilkan barangan berkualiti sederhana dalam kuantiti yang besar. Namun, mesin tersebut masih memerlukan tenaga kerja yang ramai. Pada pertengahan 1970-an, dengan meningkatnya kos buruh dan persaingan yang sengit, para penyelidik Amerika Syarikat berjaya membantu negara mereka dengan menggunakan automasi dan pengeluaran barangan â–¬ satu fenomenon yang dapat mengurangkan kos pembuatan, meningkatkan pengeluaran serta kualiti. Dengan ini, tidak hairan Amerika Syarikat telah jauh meninggalkan negara lain terutama negara membangun dari segi kedudukan ekonomi. Orang Jepun yang kehilangan banyak masa untuk memulihkan negara mereka selepas Perang Dunia Ke-2, telah mengambil beberapa langkah positif untuk maju. Satu daripadanya adalah dengan menterjemah buku, jurnal, dan manual yang sesuai ke dalam bahasa ibundanya secara terancang. Hasil yang dapat kita lihat kini sungguh menakjubkan sehingga mereka mampu menyaingi teknologi dan mutu barangan keluaran Amerika Syarikat dan Negara Eropah lain. Kejayaan dan kekukuhan ekonomi mereka ini dicemburui oleh banyak negara termasuk Amerika Syarikat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Mutu terjemahan, negara membangun, penterjemahan ke dalam bahasa Melayu, sains dan teknologi
Subjects:Q Science > Q Science (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:4058
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:23 Jul 2007 01:01
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page