Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis kritikal terhadap pembiayaan semula perumahan secara Islam melalui kontrak Musharakah Mutanaqisah

Isamail, Mohamad Zaim and Borhan, Joni Tamkin and Abu Hussin, Mohd. Fauzi (2013) Analisis kritikal terhadap pembiayaan semula perumahan secara Islam melalui kontrak Musharakah Mutanaqisah. Jurnal Teknologi, 64 (1). pp. 100-109. ISSN 2180-3722

[img] HTML
22kB

Abstract

Pembiayaan perumahan secara Islam melalui perbankan Islam di Malaysia mengadaptasi pelbagai bentuk instrumen kewangan Islam. Ini bergantung kepada kehendak dan keperluan sesebuah bank/institusi kewangan Islam tersebut. Antaranya adalah penggunaan Bay’ BithamanAjil (BBA), Ijarah dan sebagainya. Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat kritikan yang mempersoal kerelavanan instrumen tersebut bagi membiayai pembiayaan perumahan mahupun pembiayaan semula perumahan. Justeru, satu lagi instrumen baru telah diperkenalkan, iaitu kontrak Musharakah Mutanaqisah. Kontrak ini telah diamalkan oleh beberapa bank Islam terpilih di Malaysia. Oleh kerana kontrak ini masih di peringkat awal pelaksanaan, objektif utama kertas kerja ini akan menganalisis dan menjelaskan secara kritikal konsep pelaksanaan penggunaan kontrak tersebut yang di aplikasi bagi pembiayaan semula perumahan (Home Refinancing). Kajian ini memfokuskan kepada dua bank utama yang mengaplikasi kontrak tersebut, iaitu RHB Islamic Bank Berhad (RHBIBB) dan juga Maybank Islamic Berhad (MIB).Antara objektif lain dalam kajian ini juga akan menjelaskan persoalan mengenai kebolehan pihak pelanggan melaksanakan pembiayaan semula perumahan sekiranya ianya berlaku di dua bank yang berbeza. Sebagai contoh dari RHBIB ke MIB. Selain itu, kajian ini juga akan menjawab persoalan utama dalam muamalat, iaitu sama ada pembiayaan semula perumahan ini mempunyai unsur Inah ataupun tidak. Dalam menjalankan kajian ini, kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan. Temu bual telah dijalankan di kedua-dua bank yang disebutkan di atas. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah yang merangkumi metode induktif, deduktif dan juga komparatif. Antara lain, dapatan kajian daripada analisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu-isu berbangkit akibat daripada penggunaan kontrak ini dalam pembiayaan semula perumahan, antara seperti isu pemilikan apabila seseorang pelanggan hendak mendapatkan pembiayaan semula perumahan, sedangkan rumah tersebut masih dikongsi dengan pihak bank. Begitu juga dengan permasalahan penetapan harga rumah yang hendak dibiayai semula. Hasil daripada analisis ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi memperhalusi lagi pelaksanaan kontrak ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembiayaan semula perumahan, musharakah mutanaqisah, bay' inah
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:40485
Deposited By: Mrs Liza Porijo
Deposited On:11 Aug 2014 09:03
Last Modified:11 Aug 2014 09:03

Repository Staff Only: item control page