Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang memberi kesan kepada pengeluaran minyak pada bahagian mendatar telaga

Mohd. Arshad, Azmi and Selamat, Kasim (1992) Faktor-faktor yang memberi kesan kepada pengeluaran minyak pada bahagian mendatar telaga. Prosiding Simposium Sumber Alam Kebangsaan Pertama, 2 . pp. 75-84.

[img] PDF
523Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji factor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran minyak pada bahagian mendatar telaga. Kajian telah ditumpukan kepada penilaian kesan-kesan kecerunan tekanan di sepanjang bahagian mendatar telaga dan interaksinya dengan aliran di dalam reserbor minyak. Persamaan model matematik telah dibentuk bagi aliran bendalir dua fasa menggunakan kaedah pengabadian jisim dan momentum. Model ini telah digabungkan dengan kolerasi aliran dua fasa di dalam paip dan juga dengan satu simulasi reserbor berangka minyak hitam yang telah sedia ada. Satu pengacaraan komputer telah dibentuk. Model ini kemudiannya telah digunakan untuk mengkaji kesan panjang telaga, diameter selongsong, diameter tetiub dan tekanan kepala telaga terhadap pengeluaran minyak. Keputusan telah menunjukkan bahawa pemilihan diameter selongsong dan tetiub adalah penting untuk mengoptimumkan kadar pengeluaran minyak. Penggunaan diameter selongsong dan tetiub yang kecil akan mengurangkan pengeluaran. Ia juga dapat membuktikan bahawa anggapan yang dibuat selam ini bahawa kecerunan tekanan di dalam paip boleh diabaikan dalam menilai prestasi pengeluaran adalah tidak boleh diterima.

Item Type:Article
Additional Information:ISBN 983-9872-00-2
Uncontrolled Keywords:Aliran bendalir dua fasa, kecerunan tekanan, model matematik, pengeluaran minyak, telaga mendatar
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:4048
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:20 Jul 2007 03:17
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page