Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aliran dua fasa di bahagian mendatar telaga

Mohd. Arshad, Azmi and Othman, Ariff and Abdul Razak, Mohd. Razif and Abu Bakar, Mohamad (1993) Aliran dua fasa di bahagian mendatar telaga. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . pp. 4-7.

[img] PDF
421Kb

Abstract

Kejatuhan aliran dua fasa di sepanjang telaga mendatar banyak mempengaruhi prestasi pengeluaran dan rekabentuk telaga. Sehingga kini tidak ada korelasi yang menyatakan hubungan kejatuhan tekanan aliran dua fasa di bahagian mendatar telaga dan interaksinya dengan reserbor atau ujikaji makmal telah dilakukan menggunakan campuran air dan udara sebagai bendalir dua fasa yang dialirkan sepanjang paip lutsinar PVC. Aliran masuk daripada luaran (reserbor) disalurkan melalui pelapik bertebuk yang dipasang pada suatu tempat di bahagian atas paip PVC. Kajian dijalankan dengan memperbagaikan kadar aliran dan nisbah gas-cecair. Tekanan di sepanjang paip diukur dan dicatatkan. Keputusan ujikaji telah menunjukkan kejatuhan tekanan di sepanjang paip PVC ini adalah sebahagian besarnya (95% - 97%) disebabkan oleh kesan kemasukan bendalir daripada luaran. Satu persamaan / korelasi yang sesuai untuk menerangkan kesan ini telah dibangunkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Aliran dua fasa, kejatuhan tekanan, prestasi pengeluaran telaga, reka bentuk telaga, telaga mendatar
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:4027
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:16 Jul 2007 07:31
Last Modified:01 Jun 2010 03:14

Repository Staff Only: item control page