Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan teras batuan dengan menggunakan resin

Yunan, Mat Hussin and Idris, Ahmad Kamal and Abd. Karim, Khairuddin and Siaw, Swee Heng (1993) Pembinaan teras batuan dengan menggunakan resin. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . pp. 3-6.

[img] PDF
206Kb

Abstract

Teras dari batupasir semulajadi sering kali mengandungi terlalu banyak sifat yang sukar dikawal, disamping mengandungi mineral lempung, yang menjadikannya tidak sesuai digunakan untuk kajian tertentu. Disamping itu teras semulajadi sukar diperolehi. Tujuan kajian ini adalah untuk membina teras buatan yang menyerupai teras semulajadi, dengan menggunakan bahan resin sebagai agen penyimen. Pasir pantai yang mempunyai julat saiz antara 250-500 mikron dipilih sebagai bahan asas. Pasir dicampurkan dengan resin, pengeras dan pelarut aseton pada berbagai nisbah. Nisbah yang paling sesuai dicari dengan cara mengukur sifat keliangan, ketertelapan dan kekuatan mampatan teras buatan. Hasil kajian membuktikan teras buatan boleh dibina dengan menggunakan resin sebagai bahan penyimen. Teras yang dihasilkan memenuhi syarat dan boleh digunakan sebagai poros untuk menggantikan bahan poros semulajadi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Agen penyimen, kejuruteraan petroleum, media poros semula jadi, pembinaan teras batuan, resin
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:4025
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:16 Jul 2007 07:07
Last Modified:01 Jun 2010 03:13

Repository Staff Only: item control page