Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembuatan mikromodel untuk ujian aliran multifasa

Idris, Ahmad Kamal and Mohd. Arshad, Azmi and Ismail, Issham and Misran, Mohd. Rasid (1993) Pembuatan mikromodel untuk ujian aliran multifasa. Seminar Penyelidikan Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli . pp. 2-4.

[img] PDF
336Kb

Abstract

Aliran bendalir petroleum di dalam batuan reserbor merupakan proses yang komplek kerana melibatkan berbilang fasa dan seringkali melibatkan pemindahan jisim. Walaupun batuan reserbor mungkin menjangkau kawasan sehingga ribuan meter persegi dan ketebalan. Yang beratus meter, pada hakikatnya ia terbentuk dari liang yang berukuran dari 1-100 mikron. Tingkahlaku aliran bendalir pada skala yang sangat kecil ini menentukan prestasi keseluruhan reserbor. Untuk itu kajian tentang tingkahlaku fasa dalam liang berkenaan perlu dilakukan. Kertas kerja ini membincangkan kaedah merekabentuk dan membina mikromodel yang boleh digunakan untuk kajian aliran pada skala mikroskopik. Kajian ini membuktikan bahawa mikromodel kaca dengan saiz liang sekecil 20 mikron boleh dihasilkan. Mikromodel ini dibuat dengan menggunakan kaca cermin dengan teknik imej foto. Asid hidroflorik digunakan untuk melorek kaca membentuk rangkaian liang. Masalah yang dihadapi dalam membina mikromodel juga turut dibincangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Batuan reservoir, liang batuan, mikromodel, tingkah laku aliran bendalir, ujian aliran multifasa
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:4023
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:16 Jul 2007 06:55
Last Modified:01 Jun 2010 03:13

Repository Staff Only: item control page