Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Mohd. Nor, Nordiana and Yahaya, Noordin (2007) Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-17. (Unpublished)
|
PDF
152kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perkaitan atau tidak di antara masalah-masalah seperti masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan dan masalah kewangan serta kaedah-kaedah seperti perjumpaan dengan kaunselor, bercerita pada rakan, beriadah dan mendekatkan diri pada Tuhan, yang digunakan untuk menstabilkan emosi pelajar, dengan prestasi pencapaian akademik pelajar. Seramai 399 orang pelajar dari sepuluh buah sekolah menengah di sekitar tiga buah negeri iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu. Statistik deskriftif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi pearson, digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pembolehubah kecerdasan emosi, masalah yang dihadapi dan kaedah yang digunakan untuk stabilkan emosi, dengan prestasi pencapaian akademik. Didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan antara kaedah bercerita pada rakan dan beriadah dengan prestasi akademik, manakala tidak terdapat hubungan antara masalah pengaruh rakan sebaya, masalah kekeluargaan, masalah kewangan, kaedah berjumpa kaunselor dan kaedah mendekatkan diri pada Tuhan dengan prestasi akademik pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kata Kunci: Kecerdasan Emosi, rakan sebaya, masalah kekeluargaan dan masalah kewangan, prestasi pencapaian akademik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 4022 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 16 Jul 2007 06:14 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 07:33 |
Repository Staff Only: item control page