Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembubaran perkahwinan dalam Islam

Armaz Arriffin, Muhammad Iqbal Hakimi and Fadzil, Muhammad Syabil and Jasmi, Kamarul Azmi (2012) Pembubaran perkahwinan dalam Islam. In: Seminar Tamadun 2012 , 21 April 2012, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF (Fulltext)
2MB

Abstract

Pembubaran dalam perkahwinan merupakan penceraian atau perpisahan diantara seorang lelaki (suami) dan pasangannya wanita (isteri) merupakan sesuatu yang semula jadi dan hal sebegini tidak dapat dielakkan dalam kehidupan dalam dunia ini. Pembubran dalam perkahwinan ini boleh dijalankan sekiranya ia gagal memenuhi objektif sesebuah perkahwinan. Selalunya lafaz penceraian sesebuah keluarga dilakukan oleh si suami dan ramai yang tidak tahu bahawa wanita juga mempunyai hak untuk membubarkan sesuatu ikatan perkahwinan. Perlakuan pembubaran dalam perkahwinan ini dibenarkan dalam sesebuah keluarga tetapi ia amat tidak digalakan disisi agama islam. Terma penceraian merupakan lafaz talaq yang dilakukan oleh seorang suami. Sekiranya lafaz talaq satu dan dua, suami dan isteri masih boleh berkahwin semula tanpa syarat tertentu. Sekiranya lafaz talaq ketiga, maka suami dan isteri boleh berkahwin semula tetapi perlulah memenuhi syarat tertentu yang perlu dilakukan oleh mereka. Selepas sesuatu lafaz perceraian itu berlaku, isteri perlu melalui masa edah dan setiap pasangan perlu mematuhi beberapa syarat dalam masa edah tersebut. Dalam agama Islam juga memberikan wanita hak untuk membubarkan sesebuah perkahwinan bagi mempertahankan hak-hak mereka dan ia mempunyai beberapa cara untuk mereka membubarkan sesebuah perkahwinan mereka. Pembubaran sesebuah perkahwinan haruslah dielakkan kerena ia amat dibenci oleh Allah S.W.T.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pronouncement of divorce, divorce
Subjects:H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Education
ID Code:40114
Deposited By: Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Deposited On:10 Aug 2014 04:45
Last Modified:24 Oct 2017 04:37

Repository Staff Only: item control page