Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerbitan Ensiklopedia Sains dan Teknologi, jilid Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli: pengalaman Ketua Pakar Bidang

Ismail, Issham (2007) Penerbitan Ensiklopedia Sains dan Teknologi, jilid Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli: pengalaman Ketua Pakar Bidang. Presentation paper of Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2007 .

[img] PDF
678Kb

Abstract

Satu daripada usaha yang penting untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang progresif dan berpengetahuan luas dalam bidang sains dan teknologi adalah dengan menerbitkan ensiklopedia bercorak sains dan teknologi. Dengan berbekalkan kesedaran ini serta tanggung-jawab terhadap bangsa dan negara, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga berjaya menerbitkan Ensiklopedia Sains dan Teknologi. Ensiklopedia ini mengandungi 12 jilid termasuk sebuah jilid indeks. Projek penulisan yang bermula pada tahun 1995 ini berjaya menerbitkan jilid pertama, Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, pada tahun 2000. Sekali pandang, seolah-olah proses penulisan dan penerbitannya terlaksana begitu lancar. Pada hakikatnya, selaku Ketua Pakar Bidang, penulis terasa peritnya untuk menyiapkan jilid terbabit. Pelbagai rintangan dan ranjau dari segenap sudut perlu ditangani dengan bijaksana, sistematik, dan diplomasi. Projek yang bermula dengan pembinaan entri, diikuti dengan penulisan, penilaian, dan penyuntingan, serta diakhiri dengan penyemakan draf, perlu dilakukan dengan teliti supaya penampilan selepas penerbitan tinggi mutunya. Perbincangan dan kerjasama yang mantap menjadi asas kejayaan, lebih-lebih lagi penerbit di Malaysia termasuk DBP tidak pernah terlibat dalam penerbitan ensiklopedia bercorak sains dan teknologi. Sebahagian besar jilid lain menyaksikan Ketua Pakar Bidang masing-masing silih-berganti berikutan beban kerja yang mencabar, tetapi penulis dengan penuh keazaman, akhirnya berjaya membantu UTM dan DBP menerbitkan Jilid Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli lebih awal daripada perancangannya. Segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh penulis ketika menangani pelaksanaan jilidnya diperincikan dalam kertas kerja ini. Sehubungan itu, menjadi harapan penulis agar pengalaman yang diketengahkan ini mampu dimanfaatkan oleh individu tertentu yang mungkin dipertanggungjawabkan menangani projek sedemikian rupa pada suatu hari nanti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensiklopedia Sains dan Teknologi, jilid Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:3986
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:12 Jul 2007 08:06
Last Modified:01 Jun 2010 03:13

Repository Staff Only: item control page