Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman mengenai konsep gas di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di daerah Parit Buntar Perak

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Boon, Yusof and Mohammad Radzi, T. Memy Nazhafifa (2007) Kefahaman mengenai konsep gas di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di daerah Parit Buntar Perak. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img] PDF
155kB

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman pelajar-pelajar Tingkatan Empat mengenai konsep gas, konsep tekanan dalam gas, konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas dan mengaplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian. Sebanyak 150 orang pelajar daripada tiga buah sekolah di daerah Parit Buntar, Perak telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian ini. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan. Instrumen kajian yang digunakan adalah berupa satu set soal selidik. Di samping itu, data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.5 For Windows. Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.731. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap konsep tekanan dalam gas dan konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas adalah di tahap kefahaman tinggi. Manakala kefahaman pelajar terhadap konsep gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian adalah di tahap kefahaman sederhana. Kefahaman dominan di kalangan pelajar ialah kefahaman mengenai konsep ruang antara zarah-zarah gas. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman pelajar mengenai konsep gas dan konsep tekanan dalam gas mengikut keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas serta antara kefahaman konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas mengikut sekolah. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman konsep gas, konsep tekanan gas, konsep ruang antara zarah-zarah dalam gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut kaum dan jantina; antara kefahaman konsep tekanan gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut keputusan PMR mata pelajaran Sains yang lepas serta antara kefahaman konsep gas, tekanan gas dan aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan harian mengikut sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Konsep tekanan, Sifat-sifat gas, Konsep ruang antara zarah-zarah gas, Aplikasi prinsip tekanan gas dalam kehidupan, Pelajar tingkatan empat.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:3962
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Jul 2007 04:41
Last Modified:24 Oct 2017 07:16

Repository Staff Only: item control page