Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah Johor

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and How, Lee Chan and Boon, Yusof (2007) Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah Johor. unspecified . pp. 1-20. (Unpublished)

[img] PDF
158Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor Bahru. Antara faktor ponteng yang dikaji ialah faktor sikap pelajar, suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor pengaruh media elektronik. Sampel kajian terdiri dari 202 orang pelajar dari tingkatan dua dan empat. Dapatan kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar melakukan ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ponteng seperti faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. Wujud juga hubungan yang sinifikan antara gejala ponteng dengan pencapaian akademik. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat dan ponteng kelas dengan jantina. Namun, wujud perbezaan yang signifikan antara ponteng sekolah dengan jantina di kalangan pelajar. (kata kunci: Ponteng sikap pelajar, suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor pengaruh media elektronik)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Ponteng sikap pelajar, suasana sekolah, faktor guru, faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor pengaruh media elektronik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:3961
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Jul 2007 03:44
Last Modified:01 Dec 2011 02:09

Repository Staff Only: item control page