Yahaya, Azizi and Mohammed, Fathiah and Hashim, Shahrin (2007) Tahap penguasaan kemahiran manipulatif di kalangan guru pelatih kimia Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)
PDF
138kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru pelatih terhadap kemahiran manipulatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dari empat aspek iaitu pengendalian peralatan sains dengan betul dan selamat, pengendalian bahan kimia dengan betul dan selamat, teknik penggunaan peralatan dengan betul dan teknik amali. Seramai 92 orang guru pelatih kimia UTM yang dipilih secara persampelan rawak mudah dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diubahsuai daripada soal selidik penyelidik lepas iaitu Aina Fariza (2006). Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah 0.82. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan guru pelatih terhadap kemahiran manipulatif adalah tinggi dengan nilai min 3.86. Hasil kajian juga menunjukkan tahap penguasaan guru pelatih terhadap aspek pengendalian peralatan sains dan bahan kimia dengan betul dan selamat adalah tinggi dengan nilai min 3.76 dan 4.44. Begitu juga dengan tahap penguasaan bagi aspek teknik penggunaan peralatan yang berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.96. Walaubagaimanapun, penguasaan guru pelatih terhadap aspek teknik amali adalah sederhana dengan nilai min 3.28. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan guru pelatih terhadap kemahiran manipulatif mengikut jantina, keputusan mata pelajaran kimia SPM dan keputusan mata pelajaran kimia STPM/Matrik. Beberapa implikasi hasil kajian dibincang dan dibuat rumusan. Penyelidik juga mencadangkan kajian mengenai pencapaian kemahiran manipulatif guru pelatih yang melibatkan disiplin lain seperti fizik dan biologi juga dijalankan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kata Kunci : Tahap, Penguasaan, Kemahiran Manipulatif, Pengendalian peralatan sains, Pengendalian bahan kimia, Teknik penggunaan peralatan sains, Teknik amali, Guru pelatih. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 3960 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 06 Jul 2007 02:50 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 07:13 |
Repository Staff Only: item control page