Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Morfologi abu terbang dari emisi dandang kilang kelapa sawit

Mohd. Yusoff, Mohd. Rashid and Mohd. Harun, Mohd. Harun (1989) Morfologi abu terbang dari emisi dandang kilang kelapa sawit. Morfologi Abu Terbang . (Unpublished)

[img] PDF
725kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v14.998

Abstract

Pendekatan kepada morfologi abu terbang yang diambil dari dua bahagian berasingan di bawah aliran sebuah dandang di kilang memproses buah kelapa sawit iaitu; i) abu terbang yang terkumpul di dalam alat kawalan pencemaran udara, siklon berbilang dan ii) abu terbang yang terlepas ke udara melalui serombong asap, telah dilakukan dengan menggunakan mikroskop imbasan electron (MIE). Gambaran melalui MIE jelas menunjukkan bahawa saiz butiran abu terbang terkumpul adalah lebih besar daripada saiz butiran abu terbang yang terlepas ke atmosfera. Pembentukan butiran-butiran sfera di atas permukaan kedua-dua sampel abu terbang tersebut juga kelihatan agak jelas. Penggunaan hampas tempurung dan sabut buah kelapa sawit seperti sedia ada sebagai bahan api merupakan faktor utama yang boleh mempengaruhi morfologi zarahan abu terbang tersebut. Analisis beberapa unsur secara semi kuantitatif juga dilakukan dan dibincangkan di dalam di dalam kertas kerja.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:3922
Deposited By: Halimahtun Saadiah M. Saaid
Deposited On:05 Jul 2007 01:23
Last Modified:24 Oct 2017 07:10

Repository Staff Only: item control page