Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Dasar ekonomi baru : kelemahan dan penyelewengan

Mohd. Ghazali, Mohd. Zulkifli (1990) Dasar ekonomi baru : kelemahan dan penyelewengan. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai, Johor. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini menyorot pencapaian matlamat DEB sejak dilancarkan pada tahun 1971. Suasana dan pencapaian matlamat DEB diterangkan terlebih dahulu kerana akibat daripadanyalah, timbulnya, minat untuk meneliti serta mengkaji gejala-gejala yang telah menyebabkan berlakunya kepincangan dalam DEB itu. Kajian ini juga seperti kajian-kajian yang lain, mempunyai objektif, metodologi dan batasan kajiannya yang tersendiri. Sinerio mengenai sejarah penduduk-penduduk Tanah Melayu dan masyarakat majmuk serta dasar British yang telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur kaum dan membawa kepada pola perhubungan arus dan krisis juga dihuraikan. Matlamat dan intipati DEB dibicarakan dengan memberikan penghuraian secara menyeluruh dan terperinci. Kajian ini memberikan tumpuan yang khusus kepada faktor kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku.di dalam pelaksanaan DEB yang menyebabkan kegagalannya mencapai matlamat asal. Justeru itu, amalan buruk serta silap laku dalam pelaksanaan DEB dipaparkan. Kajian ini juga memaparkan pandangan orang-orang Cina terhadap DEB ini yang dikatakan telah menguntungkan orang-orang Melayu sahaja. Sehubungan dengan itu adalah difikirkan wajar juga kajian ini menjelaskan pandangan serta harapan orang-orang Melayu terhadap DEB dan sekaligus menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh golongan bukan Melayu. Sebagai membantu pelaksanaan DEB di masa yang akan datang, kajian ini turut memberikan beberapa cadangan untuk difikirkan bersama. Dan akhir sekali, satu kesimpulan diberikan dengan mengulas kembali hal-hal yang menyangkut dengan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan dalam pelaksanaan DEB sehingga memberi nasib yang 'buruk' kepada orang-orang Melayu.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:New economic policy, Malays, Malaysia
Subjects:H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:3896
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:04 Jul 2007 06:49
Last Modified:06 Aug 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page