Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kalangan klien saudara baru

Jayos, Samsiah and Jasmi, Kamarul Azmi (2013) Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kalangan klien saudara baru. In: Prosiding Seminar Pertama Pendidikan dan Penyelidikan Islam [SePPIM'13] (Proceedings of the First Seminar on Islamic Education and Research [SePPIM'13]), 17-18 September 2013, The Main Hall, Faculty of Islamic Cilization, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
421kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menunjau keperluan penyediaan panduan kaunselor menjalankan perkhidmatan dengan klien Saudara Baru. Kajian ini berasaskan kepada Teori Imam al-Ghazali. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif. Analisa data statistik adalah kuantitatif deskriptif. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dibina sendiri dan dirujuk kepada pakar dalam bidang kaunseling. Seramai 53 orang responden yang terdiri daripada kaunselor muslim terlibat dalam kajian ini. Lokasi kajian di zon sehitan bagi Malaysia Timur dan zon Sarawak bagi Malaysia Barat. Keputusan analisis daripada 53 orang responden, mendapati 18 orang responden (34.0%) pernah menjalankan sesi dengan klien saudara baru manakala 35 orang responden (66.0%) menyatakan tidak ada pengalaman mengendalikan sesi dengan klien saudara baru. Namun, walaupun responden pernah menjalankan sesi dengan klien saudara baru, namun responden masih merasai tidak mempunyai persiapan yang cukup kerana tidak ada latihan atau panduan khas untuk mengendalikan kaunseling khusus untuk klien saudara baru. Manakala,dapatan dari kepentingan perkhidmatan kaunseling saudara baru di Malaysia didapati daripada 32 orang responden (59.3%) bersetuju dan menyatakan bahawa perkhidmatan kaunseling khas bagi saudara baru perlu dan memang peranan kaunselor. Namun berlainan dengan pandangan 20 orang responden (18.5%) yang bersetuju bahawa kaunselor berperanan untuk kaunseling dengan klien saudara baru tetapi menyatakan bukan peranan kaunselor seratus peratus. Ini bertentangan dengan 12 orang responden lain (22.2%) yang menyatakan bahawa bukan peranan kaunselor tetapi menyatakan saudara baru ini dibawah tanggungjawab agensi lain. Seterusnya, seramai 22 orang responden (41.5%) bersetuju bahawa ilmu kaunseling yang diperolehi di universiti sudah memadai dan boleh digunakan dalam sesi bersama klien saudara baru. Dapatan lain oleh responden seramai 20 orang (37.7%) bersetuju bahawa ilmu yang dipelajar boleh digunakan dengan klien saudara baru tetapi perlu ada kreativiti dan diubahsuai. Namun terdapat juga pandangan responden yang tidak bersetuju iaitu 11 orang responden (20.8%) menyatakan bahawa kes dan klien yang mempunyai masalah khusus seperti saudara baru ini memerlukan kemahiran khas. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, dapat dirumuskan secara umumnya bahawa Model Kaunselor Saudara Baru penting diwujudkan untuk memberikan garis panduan kepada kaunselor yang mengendalikan klien saudara baru yang mencakupi bukan sahaja kemahiran kaunseling tetapi akan mengabungkan elemen-eleman lain dapatan dari maklumbalas responden seperti pengetahuan agama,silang budaya, akidah, etika, berperanan sebagai pendakwah dan islah, pengalaman pengislaman, mahir dalam undang-undang berkenaan pengislaman dan memahami undang-undang makhmah syariah dan sivil serta kehakiman yang ada hubung kait dengan isu-isu klien saudara baru.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > HX Socialism. Communism. Anarchism
ID Code:38409
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 May 2014 01:43
Last Modified:25 Oct 2017 03:36

Repository Staff Only: item control page