Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengintegrasian strategi pembelajaran terbalik dalam pembentukan modul pembelajaran fizik

Yunos, Mohd. Amerul Akmal and Atan, Noor Azean (2013) Pengintegrasian strategi pembelajaran terbalik dalam pembentukan modul pembelajaran fizik. In: 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education 2013 (ISQAE 2013), 7th to 10th October 2013, UTM Skudai, Johor, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/66.p...

Abstract

Modul pembelajaran yang berkualiti akan menekankan kepada pencirian strategi pembelajaran yang baik dalam menyampaikan isi kandungan sesuatu topik bagi merangsang daya tarikan pelajar untuk belajar. Pencirian ini haruslah berasaskan kepada keperluan dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai di akhir proses pembacaan. Bagi pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran minit terakhir tentunya akan memerlukan satu bahan rujukan yang ringkas dan lengkap bagi persediaan mereka untuk memasuki dewan kekurangan modul pembelajaran yang menepati keperluan pelajar seperti itu menyebabkan projek ini dijalankan untuk menghasilkan sebuah modul pembelajaran yang menarik dan mudah difahami. Tujuan utama penghasilan modul ini adalah untuk mereka bentuk modul pembelajaran bagi topik cahaya mengikut sukatan mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Fizik tingkatan empat berdasarkan strategi Pembelajaran Terbalik (Reciprocal Teaching). Terdapat empat elemen utama yang ditekankan di dalam strategi tersebut iaitu membuat ramalan, mewujudkan pertanyaan, membuat penjelasan dan membuat rumusan. Proses pembangunan modul ini adalah berdasarkan kepada model reka bentuk ADDIE, mengandungi isi kandungan beserta contoh-contoh bergambar dan aktiviti yang sesuai bagi setiap subtopik. Penilaian formatif dilaksanakan sepanjang penghasilan modul ini oleh penyelia projek manakala penilaian sumatif dilakukan oleh pakar iaitu pensyarah dan juga secara tidak formal ke atas lima orang pelajar Fakulti Pendidikan yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) bagi mendapatkan pandangan mereka tentang reka bentuk dan penyampaian isi kandungan berdasarkan strategi yang digunakan. Justeru itu, penghasilan modul pembelajaran yang menggunakan strategi Pembelajaran Terbalik ini diharap dapat digunakan sebagai bahan pembelajaran alternatif minit terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:modul pembelajaran, strategi pembelajaran terbalik, fizik, ADDIE, bahan pembelajaran alternatif
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:38380
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 May 2014 01:43
Last Modified:28 Sep 2017 03:10

Repository Staff Only: item control page