Jasmi, Kamarul Azmi and Salleh, Norhafizah (2013) Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes (Teaching and Learning-Centered Approach Student among Islamic Education Outstanding Teacher and Teachers in Secondary Schools: A Case Study). In: 3rd International Conference on Islamic Education 2013 [ICIED2013]), 6th - 7th April 2013, EPF Institute, Kajang, Selangor, Malaysia.
PDF
1MB |
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu kaedah terkini di mana terdapat komunikasi dua hala di antara guru dan pelajar. Pelajar bukan sahaja bergantung kepada pengajaran guru tetapi juga boleh menjana idea sendiri bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Proses pemahaman akan menjadi lebih mudah jika pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran yang sedang berlangsung dan ia juga boleh meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap ilmu yang diberikan oleh guru. Artikel ini akan membincangkan bagaimana kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang digunakan oleh guru cemerlang pendidikan islam. Kajian dilaksanakan di lapan buah sekolah menengah di Malaysia yang melibatkan temu bual bersama GCPI, rakan guru, pelajar, dan pengetua atau Penolong Kanan sekolah. Hasil temu bual ini kemudian disusun tadbir dengan program N'vivo versi 7.0 untuk menghasilkan tema dan jadual matriks berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang membantu kecemerlangan GCPI. Hasil daripada kajian yang di jalankan didapati terdapat empat kaedah yang paling banyak dipraktikkan oleh GCPI dalam menjalankan aktiviti berpusatkan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu latihan tubi, pembelajaran kendiri, perbincangan kumpulan, pembentangan, amali dan membuat nota ringkas. (English Translation: Student-centered teaching and learning is one of the latest of which there is two-way communication between teachers and students. Students are not only depends on the teacher, but also can generate their own ideas of how to solve a problem. Understanding the process will be easier if students engage in ongoing learning and it also can improve memory in students' knowledge provided by the teacher. This article will discuss how teaching methods and student-centered learning used by teachers of Islamic Education. Studies carried out from eight secondary schools in Malaysia that involves interviews with GCPI, colleagues, students, and senior assistant principals or school. The interviews are then analyzed with program N'vivo version 7.0 to create a theme and matrix associated with teaching and learning methods that help GCPI to used student-centered methods. Results from a study conducted found there are four methods most widely practiced GCPI in student-centered activities during the process of teaching and learning such as drills, self-study, group discussions, presentations, practicals, and manage brief notes).
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 38371 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 20 May 2014 01:43 |
Last Modified: | 21 Jul 2014 08:30 |
Repository Staff Only: item control page