Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan instrumen gaya penyelesaian masalah dalam kalangan Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional

Mahadi, Mashitoh and Mohd. Amin, Nor Fadila and Abdul Latif, Adibah and Musta’amal, Aede Hatib and Ismail, Sarimah and Nordin, Mohd. Safarin and Ghaffar, Mohd. Najib (2013) Pembangunan instrumen gaya penyelesaian masalah dalam kalangan Pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional. In: 2nd International Seminar on Quality & Affordable Education ISQAE2013 Proceeding: Management in Education, 2013.

Full text not available from this repository.

Abstract

Instrumen Gaya Penyelesaian Masalah (PiLS) telah dibina untuk mengenalpasti gaya penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilaksanakan untuk membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan PiLS serta membina profil pelajar dengan menggunakan model Rasch. Responden kajian terdiri daripada pelajar program Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dipilih secara rawak mudah. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik PiLS diukur dengan menggunakan perisian Winstep versi 3.74.0. Hasil kajian menunjukkan indeks kebolehpercayaan bagi item dan responden adalah masing-masing 0.78 dan 0.94. Dalam aspek polariti, setiap item berupaya mengukur gaya penyelesaian masalah responden dengan nilai PTMEA CORR antara 0.47 hingga 0.81. Ujian ketidaksesuian item menunjukan tiada item yang perlu digugurkan kerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 0.62 hingga 1.37 dan nilai min kuasa dua outfit terletak dalam julat 0.63 hingga 1.34. Ujian keunidimensian menunjukkan nilai varians reja terpiawai adalah 46.8% melebihi nilai model iaitu 46.6% dengan dimensi sekunder terbesar dalam kontras pertama mencatatkan nilai varians sebanyak 8.4%. PiLS mampu mengukur konstruk yang dibina iaitu kolaboratif, inkuiri dan visualisasi. Analisis profil pelajar menunjukkan pelajar lepasan diploma lebih berupaya menyelesaikan masalah dengan nilai logit 5.25. Item paling sukar dipersetujui adalah SK5 dengan nilai logit 1.51 manakala item yang paling mudah dipersetujui adalah SK26 dengan nilai logit - 1.01.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:38357
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:20 May 2014 01:43
Last Modified:28 Sep 2017 01:00

Repository Staff Only: item control page