Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Inovasi di dalam latihan perguruan : projek pengayaan seni visual

Isa, Badrul and Hashim, Abdul Shukor and Rahmat, Mohd. Khairezan (2006) Inovasi di dalam latihan perguruan : projek pengayaan seni visual. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Introduction)
17kB

Abstract

Mengajar dan mendidik bukan tugas mudah. Tugas ini memerlukan persediaan rapi dari sudut mental dan fizikal, tambahan pula cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh guru-guru disekolah adalah berbeza dan pelbagai.Cabaran melatih guru-guru didalam bidang pendidikan juga menjadi semakin berat dan mencabar. Bagi memastikan guru-guru pelatih sedia menghadapi cabaran didalam dunia pendidikan, latihan yang diperolehi semasa pengajian di peringkat pengajian perguruan seharusnya memenuhi tuntutan cabaran tersebut. Kandungan kursus perlu fleksible dan terkini seiring dengan perubahan gaya hidup, kemajuan dan keperluan masyarakat. Pelbagai pendekatan, latihan dan metodologi di perkenalkan oleh peringkat pengajian tinggi khususnya latihan perguruan seluruh negara.Kesemua usaha ini dilihat bagi memastikan guru-guru pelatih dibekalkan dengan ilmu dan pengetahuan supaya mereka tidak merasa kekok menghadapi suasana pembelajaran di kelas apatahlagi matapelajaran yang diajar memerlukan kemahiran yang tinggi. Pendidikan seni visual sebagai contoh, merupakan salah satu daripada matapelajaran yang memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh sebelum seseorang itu dibolehkan untuk mengajar.Kesediaan mengajar perlu dirancang sebaik mungkin supaya pengajaran dikendalikan dengan jayanya. Persediaan sebegini perlu diberikan seawal mungkin semasa guru-guru mengikuti latihan perguruan samada di maktab dan di universiti. Bagi guru-guru pelatih, menjalani latihan praktikum ataupun latihan mengajar disekolah sebagai sebahagian daripada keperluan pengajian mereka menjadi cabaran yang sering diperkatakan kerana proses ini merupakan cabaran pertama buat mereka sebelum mereka digelar sebagai guru. Bagi memastikan guru – guru pelatih didalam pendidikan seni visual sentibersedia menghadapi cabaran prktikum ini, Fakulti Pendidikan UiTM Shah Alam, di bawah program Pendidikan Seni Dan Senireka telah menganjurkan Projek Pengayaan Seni Visual sebagai langkah awal bagi mendedahkan guru pelatih terhadap suasana dan situasi pembelajaran pendidikan seni visual. Program ini merupakan program wajib yang diadakan setiap 2 kali setahun yang dikendalikan sepenuhnya oleh guruguru pelatih yang antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada konsep pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru pelatih sebelum mereka menjalani latihan mengajar atau praktikum disekolah. Kertas kerja ini akan mengupas perjalanan projek serta faedah yang diperolehi oleh guru-guru pelatih yang sepanjang menjalankan projek ini. Selain itu kertas kerja ini juga ingin berkongsi maklumat bagaimana jalinan kerjasama boleh dilakukan diantara pihak universiti, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah- sekolah sekitar Shah Alam dan Petaling di laksanakan bagi menjayakan program ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Mendidik; latihan perguruan; pengayaan seni visual
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
L Education > L Education (General)
ID Code:383
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:23 Feb 2007 09:05
Last Modified:23 Aug 2017 06:16

Repository Staff Only: item control page