Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ke arah pendidikan yang lebih berkualiti : pengamalan pengajaran guru kimia dalam menggalakkan kreativiti

Hanri, Chuzairy and Arshad, Mohammad Yusof (2013) Ke arah pendidikan yang lebih berkualiti : pengamalan pengajaran guru kimia dalam menggalakkan kreativiti. In: 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 7th-10th October 2013, UTM Skudai, Johor, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/161....

Abstract

Bagi menghasilkan sumber manusia yang berkualiti, penyemaian daya kreativiti adalah perlu dalam pengajaran dan pembelajaran (P&). Persoalannya, adakah guru kimia menerapkan elemen kreativiti dalam pengajaran? Satu kajian deskriptif yang menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi menjawab persoalan di atas ke atas guru kimia telah dijalankan. Seramai lima orang guru kimia di daerah Kota Tinggi telah dipilih sebagai responden. Pemerhatian bilik darjah sebanyak lima kali telah dilakukan, di video, di transkrip dan di kodkan. Elemen kreatif pengajaran guru dinilai berdasarkan kepada strategi pengajaran yang digunakan iaitu adakah terdapat keseimbangan antara kawalan guru dan kebebasan pelajar, aktiviti sumbang saran idea, pembelajaran melalui pengalaman dan berpusatkan pelajar. Kajian mendapati guru kurang menggalakkan kreativiti dalam P&P. Guru cenderung mengawal pembelajaran pelajar (54%) dan kurang memberi kebebasan kepada pelajar (46%) untuk mengawal pembelajaran mereka sendiri. Aktiviti sumbang saran idea kurang dijalankan dan fokus kepada jawapan yang betul sahaja. Pembelajaran pelajar berdasarkan kepada penerangan guru (44%) dan bukan melalui pengalaman atau penerokaan (39%). Aktiviti pengajaran lebih berpusatkan guru (51%) berbanding dengan berpusatkan pelajar (49%). Satu strategi pengajaran yang lebih kondusif dan efektif perlu dibangunkan supaya dapat melahirkan pelajar yang kreatif.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kreativiti, pengajaran dan pembelajaran sains, keseimbangan kawalan dan kebebasan, sumbang saran idea, pembelajaran melalui pengalaman, berpusatkan pelajar
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:38131
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 May 2014 07:21
Last Modified:02 Sep 2017 15:58

Repository Staff Only: item control page