Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian keperluan pembinaan modul pentaksiran berasaskan sekolah bagi tajuk dinamik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2

Mohd. Isa, Norlly and Abu Naim, Hamimah (2013) Kajian keperluan pembinaan modul pentaksiran berasaskan sekolah bagi tajuk dinamik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 2. In: 2 nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 7th to 10th October 2013, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
222kB

Official URL: http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/4.pd...

Abstract

Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dipersetujuidalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010. Penekanan akan diberikan kepada pentaksiran untuk pembelajaran(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pelaksanaan Pentaksiran BerasaskanSekolah (PBS) dengan wajaran 100 peratus dalam PMR telah dimulakan pada tahun 2012 bagi murid-murid Tingkatan 1 secaraberterusan sehingga 2014 apabila murid-murid ini berada di Tingkatan 3. PBS adalah pentaksiran yang dirancang, dibina,ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluanpembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (MoPBeS) bagi tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2.MoPBeS merupakan satu modul pentaksiran yang berfokus kepada pentaksiran berasaskan tugasan, pentaksiran dalampembelajaran dan pentaksiran untuk pembelajaran. Kajian ini dijalankan secara 3 Fasa. Fasa pertama adalah analisis dokumenyang dijalankan terhadap kajian-kajian lepas berkaitan keberkesanan pentaksiran dalam bilik darjah (classroom assessment). Fasa kedua merupakan analisis terhadap tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains tingkatan 2. Fasa ketiga merupakan kajian berbentuk soal selidik bertujuan untuk meninjau pandangan guru tentang keperluan MoPBeS untuk menambahbaik perlaksanaanPBS dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasil kajian keperluan ini adalah penting bagi memastikan pembinaandan penilaian MoPBes yang akan dijalankan memberikan impak kepada pelaksanaan PBS.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pentaksiran, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran dalam bilik darjah, modul pentaksiran
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:38128
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 May 2014 07:21
Last Modified:12 Sep 2017 03:38

Repository Staff Only: item control page