Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian sikap golongan berpotensi terhadap penyertaan dalam pilihan raya: satu kajian kes di negeri Johor Darul Ta’Zim

Mahmood, Husain and Idrus, Durrishah and Ab. Rahman (K), Hamidah and Mad Shah, Ishak and Mahmud, Norashikin and Zakariya, Zurihanmi Kajian sikap golongan berpotensi terhadap penyertaan dalam pilihan raya: satu kajian kes di negeri Johor Darul Ta’Zim. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

This is the latest version of this item.

Full text not available from this repository.

Abstract

Projek penyelidikan ini bertujuan mengkaji sebab-sebab golongan berpotensi tidak mendaftar sebagai pengundi plihan raya. Seramai 209 orang responden yang terdiri daripada warganegara yang berumur 22 tahun hingga 40 tahun di Johor telah terlibat dalam kajian ini. Jawapan soal selidik telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada profil khusus di kalangan respomden yang tidak mendaftar. Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan, pelbagai peringkat umur, pelbagai tahap pendidikan, semua bangsa, agama dan sama ada tinggal di bandar atau luar bandar. Selain daripada itu, faktor-faktor peribadi, sistem pendaftaran, infrastruktur, dan maklumat telah menyumbang kepada sebab-sebab responden tidak mendaftar. Namun demikian, kajian ini jufa mendapati bahawa tahap pengetahuan responden adalah tinggi mengenai kelayakan sebagai pengundi,hak mendftar, dan tanggungjawab mengundi sebagai warga negara. Selanjutnya, penemuan lain ialah responden mencadangkan lima tempat terbaik pendaftaran iaitu balai raya, kaunter bergerak, pejabat pos, balai penghulu, dan pejabat SPR. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka akan mendaftar sebagai pemilih kelak.

Item Type:Monograph (Project Report)
Subjects:J Political Science > J General legislative and executive papers
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:3811
Deposited By: Pn Zaidah Ramli
Last Modified:15 Jul 2008 06:49

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page