Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Audit sisa pepejal dan tahap kefahaman pelajar mengenai program kitar semula di kolej kediaman dalam kampus, Universiti Malaysia Sabah: satu tinjaun

Budin, Kamsia and Sarva, Mangala Praveena and Aris, Ahmad Zaharin and Ho, Chong Mun and Ahmad, Amran (2006) Audit sisa pepejal dan tahap kefahaman pelajar mengenai program kitar semula di kolej kediaman dalam kampus, Universiti Malaysia Sabah: satu tinjaun. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
100kB

Abstract

Audit sisa pepejal telah dijalankan di kolej kediaman dalam kampus, Universiti Malaysia Sabah bagi mengetahui jumlah sisa pepejal yang dibuang oleh seorang mahasiswa dan mengenalpasti peratusan sisa yang boleh dikitar semula daripada jumlah sisa pepejal tersebut. Audit ini telah dijalankan bermula dari 8 hingga 22 Mac 2006, melibatkan 1323 residen daripada kolej kediaman AB, CD dan E. Pelajar dikehendaki mengasingkan sampah mereka berdasarkan enam kategori iaitu bahan organik, plastik, kertas, tin/ aluminium, kaca dan selain daripada lima kategori tadi. Tinjauan juga dilakukan ke atas 440 orang daripada pelajar tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai tahap kefahaman mereka mengenai kitar semula. Keputusan daripada penimbangan sampah menunjukkan jumlah sampah yang dibuang oleh pelajar tersebut ialah 1106 kg dan kategori organik mencatatkan jumlah sampah yang tertinggi iaitu sebanyak 53%, diikuti dengan sisa plastik (24%), kertas (15%), tin/ aluminium dan lain-lain mencatatkan peratus yang sama iaitu 3% sahaja. Manakala kaca mencatatkan peratusan terendah iaitu sebanyak 2% sahaja. Data pengasingan sampah untuk kitar semula menunjukkan sebanyak 356 kg sampah adalah yang boleh dikitar semula dan daripada jumlah ini, 47% adalah kertas, 39% plastik, 8% tin/aluminium dan 6% adalah kaca. Jumlah sampah yang dibuang ke tapak pelupusan daripada kolej-kolej ini, dapat dikurangkan sehingga 86%. Ini kerana sisa organik yang mencatatkan 53% boleh dikompos dan digunakan sebagai baja semulajadi untuk perkebunan dan pertanian daripada dibuang terus ke pusat pelupusan. Oleh yang demikian, sebenarnya hanya 14% sahaja sampah yang dibuang terus ke tapak pelupusan. Analisis korelasi separa menunjukkan pelajar memahami konsep kitar semula secara umum sahaja (p>0.05). Walaupun pendedahan telah banyak diberikan namun ini, tidak menjamin tahap kefahaman pelajar terhadap konsep kitar semula dan alternatif pengurusan sampah yang lain. Ini bermaksud, kaedah pendekatan mengenai pengurusan sampah perlu diolah agar lebih praktikal. Namun sedikit sebanyak program ini telah menyedarkan semula pelajar mengenai kepentingan kitar semula, penglibatan dan kerjasama warga dalam membantu kerajaan bagi mengatasi masalah pengurusan dan pelupusan sisa pepejal di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Audit sisa pepejal; kitar semula; kompos; tahap kefahaman pelajar
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
ID Code:381
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:52
Last Modified:23 Aug 2017 06:00

Repository Staff Only: item control page