Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian awal terhadap kepentingan item pelaporan kewangan menerusi internet

Ali Khan, Mohd. Noor Azli and Ismail, Noor Azizi (2010) Kajian awal terhadap kepentingan item pelaporan kewangan menerusi internet. International Journal of Management Studies, 17 (2). pp. 205-230. ISSN 2232-1608 (Print); 2180-2467 (Online)

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ijms.uum.edu.my/images/pdf/17no2ijms/ij...

Abstract

Makalah ini cuba mengupas isu kepentingan item dalam Pelaporan Kewangan Menerusi Internet (PKMI) dengan mengambil kira pandangan penyedia dan pengguna maklumat kewangan. Perbincangan makalah ini berpandukan kepada dapatan awal kajian tinjauan yang dilakukan bagi mengetahui kepentingan item untuk mengukur tahap PKMI. Kajian tinjauan yang dijalankan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan skor wajaran dan telah mendapat maklum balas daripada 36 orang responden. Berdasarkan sorotan karya yang menyeluruh, tahap PKMI dalam kajian ini dibahagikan kepada dua dimensi utama iaitu dimensi kandungan dan dimensi pembentangan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima item utama iaitu penyata pendapatan tahun semasa, kunci kira-kira tahun semasa, nota penyata kewangan tahun semasa, penyata pendapatan tahun lepas, dan penyata aliran tunai tahun semasa yang berupaya menggambarkan dimensi kandungan. Seterusnya, bagi dimensi pembentangan terdapat lima item utama iaitu masa muat turun laman web syarikat, pautan kepada laman web, hiperpautan kepada analisis kewangan, hiperpautan ada di dalam laporan tahunan, dan pautan kepada senarai kandungan. Hasil kajian ini penting kerana ianya memberikan input kepada pembuat dasar dan pengubal piawaian perakaunan untuk merangka peraturan berkaitan PKMI dan seterusnya membuka lebih banyak ruang penyelidikan dijalankan dalam bidang ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:item, preparer, user, content, presentation, internet financial reporting
Subjects:H Social Sciences > HG Finance
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:37909
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:30 Apr 2014 07:50
Last Modified:25 Oct 2017 04:04

Repository Staff Only: item control page