Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Janji Hibah: analisis mengikut perspektif undang undang islam dan potensi pelaksanaannya sebagai alternatif kepada penyelesaian pusaka di Malaysia

Nor Muhamad, Nasrul Hisyam (2010) Janji Hibah: analisis mengikut perspektif undang undang islam dan potensi pelaksanaannya sebagai alternatif kepada penyelesaian pusaka di Malaysia. Jurnal Undang-undang Malaysia (KANUN), 22 (4). pp. 1-28. ISSN 0128-2670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=...

Abstract

Mengikut statistik yang telah pun diketahui umum, lebih daripada satu juta kes tuntutan harta pusaka dengan nilai mencecah RM40 bilion masih tertunggak kerana tidak dapat diselesaikan oleh ahli waris. Dalam menangani masalah ini, pelbagai cadangan dikemukakan termasuklah menggunakan mekanisme penulisan wasiat, amanah dan hibah bagi menyokong agihan harta pusaka yang telah dilaksanakan mengikut hukum faraid. Penulis artikel ini cuba untuk mencadangkan mekanisme “janji hibah” sebagai alternatif atau sekurang-kurangnya sebagai tambahan kepada senarai mekanisme yang telah disebutkan. Artikel ini menganalisis mengenai kedudukan janji hibah menurut perspektif undang-undang Islam dan potensi pelaksanaannya sebagai salah satu instrumen agihan harta orang Islam di Malaysia. Perbincangan dimulakan dengan menganalisis kedudukan “janji” dengan mengutarakan pendapat fuqaha silam dan pandangan semasa. Daripada keseluruhan perbincangan dalam artikel ini, disimpulkan bahawa janji hibah sesuai diaplikasikan sebagai mekanisme perancangan harta orang Islam di Malaysia. Namun, dari sudut pelaksanaannya, janji hibah memerlukan kepada kerangka perundangan yang jelas.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:law, inheritance, islamic, Malaysia
Subjects:K Law > K Law (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:37902
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:30 Apr 2014 07:52
Last Modified:25 Oct 2017 04:23

Repository Staff Only: item control page