Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sumbangan k-ekonomi dan k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat

Saludin, Mohamad Nasir and Othman, Nurul Ashirah and Mahmud, Nur Azimah (2006) Sumbangan k-ekonomi dan k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
98kB

Abstract

Malaysia kini telah menuju ke arah globalisasi tidak kira samada dari aspek eonomi, pendidikan, budaya dan politik. Sejajar dengan perkembangan terkini teknologi menjadi rujukan dan penggunaan penambahan ilmu dalam memajukan negara. Oleh itu sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat menyelusuri cabaran-cabaran pada abad ke-21. Usaha-usaha peningkatan kualiti dan produktiviti perlu ditingkatkan lagi pada masa hadapan kerana negara akan memasuki era K-ekonomi dan K-Worker. Era k-ekonomi k-worker ialah merupakan era dimana teknologi menjadi penghubung kepada penyampaian ilmu dan perluasan ilmu. Dalam era ini ilmu menjadi asas inovasi yang mana akan menentukan keupayaan daya saing negara. Ilmu juga menjadi punca utama penambahan nilai produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Oleh itu pengumpulan, penyaluran dan penjanaan ilmu menjadi aktiviti terpenting samada diperingkat angensi mahu pun seluruh negara. Dalam usaha kerajaan meningkatkan pendidikan ke arah pendidikan berteknologi pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang merujuk kepada pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Dalam perbincangan ini kita akan membincangkan pendidikan itu bukan sahaja di sekitar pendikan sekolah,yang memerlukan guru yang menggunakan teknologi sahaja namun ia juga membincangkan pendidikan maya di mana ilmu dan pembelajaran di perolehi melalui teknologi terkini. Bukan sahaja mereka yang bergelar pelajar boleh menimba ilmu namun para pekerja juga boleh menambah ilmu untuk peningkatan produktiviti dan pengeluaran. Ini lath yang dikatakan pembelajaran sepanjang hayat. Dan ini lah juga yang mengaitkan k-ekonomi dan k-worker dengan pendidikan. Dalam perbincangan ini, akan dibincangkan definisi dan kosep pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan dalam era berteknologi. Diikuti dengan perkembangan kekonomi dan k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat, kemudian melihat kepada perancangan k-ekonomi&k-worker dalam pendidikan, kesan-kesan k-ekonomi&k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat dan kesimpulan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran sepanjang hayat; k-ekonomi; k-worker
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:379
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:53
Last Modified:23 Aug 2017 06:45

Repository Staff Only: item control page