Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peningkatan peringkat berfikir geometri pelajar lepasan smp menggunakan model video pembelajaran geometri berasaskan teori vAN hiele

Abidin, Zaid Zainal (2013) Peningkatan peringkat berfikir geometri pelajar lepasan smp menggunakan model video pembelajaran geometri berasaskan teori vAN hiele. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
803kB

Abstract

Kajian ini bertujuan merekabentuk dan membangunkan alat pembelajaran yang dinamakan sebagai Video Pembelajaran Geometri (VPG). Ia dibangunkan sebagai alat pembelajaran alternatif bagi membantu pelajar Indonesia lepasan Sekolah Menengah Pertama (SMP) di Parepare, Sulawesi Selatan mempertingkatkan Peringkat Berfikir Geometri (PBG) van Hiele dari suatu peringkat ke peringkat seterusnya. VPG terdiri dari tiga modul pembelajaran, setiap satunya dibina berasaskan model pemikiran van Hiele dan dibantu dengan aktiviti visualisasi yang direka secara khusus berasaskan Guzman. Setiap modul pembelajaran mengandungi aktiviti pembelajaran yang dibangunkan untuk membantu pelajar mempertingkatkan PBG van Hiele tertentu, iaitu Modul 1 bagi Peringkat 0 (L0), Modul 2 bagi Peringkat 1 (L1) dan Modul 3 bagi Peringkat 2 (L2). Pendekatan quasi-eksperimen sebelum berbanding selepas ujian digunakan bagi menilai keberkesanan VPG ke atas tiga kumpulan sampel yang terdiri dari 90, 60 dan 30 pelajar, masing-masingnya mewakili L0, L1 dan L2. Ujian Geometri van Hiele (vHGT) yang diadaptasi khas bagi mengukur skor Geometri van Hiele pelajar SMP (skor vHGT) serta untuk menentukan PBG mereka sebelum dan selepas pembelajaran menggunakan VPG. Kedua-dua peningkatan skor vHGT dan peningkatan PBG pelajar digunakan untuk menilai keberkesanan VPG. Pendekatan kualitatif berasaskan data cerapan, temubual dan helaian kerja juga digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai keberkesanan VPG ini. Analisis perbandingan min dan ujian-t berpasangan ke atas skor vHGT bagi keseluruhan sampel dan juga setiap sub-kumpulan mendapati VPG berkesan dalam membantu pelajar mempertingkatkan skor vHGT mereka. Analisis perbandingan yang serupa dilakukan ke atas data berkaitan PBG mendapati VPG berkesan membantu pelajar lepasan SMP dalam mempertingkatkan PBG. Analisis data kualitatif menghasilkan keputusan yang kongruen dengan kedua-dua dapatan ini. Hasil kajian ini menyediakan sebuah kerangka untuk membantu pelajar lepasan SMP mempertingkatkan PBG van Hiele mereka dari suatu peringkat ke peringkat seterusnya mengunakan kemudahan dan infrastruktur ICT yang terhad di Parepare.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:Geometry study and teaching, Van Hiele Model, visual learning
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Education
ID Code:37800
Deposited By: Norazah Nordin
Deposited On:30 Apr 2014 07:59
Last Modified:19 Jul 2017 07:24

Repository Staff Only: item control page