Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Menjana kekuatan keluarga dalam pembangunan pelajar IPT

Abdul Jalal, Fauziah Hanim and Abdul Samad, Nazariah and Yusof, Hapsah (2006) Menjana kekuatan keluarga dalam pembangunan pelajar IPT. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
46Kb

Abstract

Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah golongan muda yang diharapkan membawa perubahan positif kepada masyarakat dan negara. Mereka adalah golongan yang bakal mewarisi dan meneruskan kepemimpinan dan pembangunan negara. Pada masa yang sama mereka menghadapi cabaran yang pelbagai dari sikap, masalah sosial,emosi, penyesuaian, kebolehan diri hingga kepada isu penggangguran. Cabaran-cabaran tersebut perlu difahami dan dibantu oleh pelbagai pihak. Dengan itu, pembangunan pelajar di IPT adalah tanggungjawab semua termasuk keluarga pelajar. Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mencadangkan keluarga sebagai satu sistem sokongan kepada institusi pendidikan tinggi dalam pembangunan pelajar. Setiap keluarga mempunyai kekuatan dan keunikan seperti sistem yang lain. Antara kekuatan keluarga yang dapat membantu pembangunan pelajar ialah meningkatkan hubungan kekeluargaan, komunikasi, sokongan emosi dan spiritual serta pembimbing dalam kewangan dan keselamatan. Cadangan keluarga sebagai rakan (partner) dalam pembangunan pelajar IPT dibincangkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pelajar IPT; keluarga
Subjects:H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
L Education > L Education (General)
Divisions:School of Graduate Studies
ID Code:376
Deposited By: Pn Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:53
Last Modified:01 Jun 2010 02:43

Repository Staff Only: item control page