Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pola personaliti-persekitaran (P-E Fit) dan perbandingan kongruen personaliti persekitaran (EAT) pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Abdul Kadir, Hamdan and Mustaffa, Mohamed Shariff and Syed Mansor Al-Habshi, Syed Shafeq (2004) Pola personaliti-persekitaran (P-E Fit) dan perbandingan kongruen personaliti persekitaran (EAT) pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Project Report. Faculty of Management and Human Resource Development, Skudai, Johor. (Unpublished)

This is the latest version of this item.

[img] PDF
1MB

Abstract

Kajian deskriptif ini telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam Semester 1, tahun 3 dan 4 Program Sarjana Muda dari 60 jenis kursus bagi tahun pengajian 2003 / 2004. Seramai sekurang-kurangnya 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak bagi mewakili setiap kursus pengajian dari 10 buah fakulti. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti pola-pola personaliti-persekitaran (P-E Fit) berasaskan Kod Tiga-Huruf Tripologi Holland (1973) di kalangan para pelajar UTM, tahap keserasian (kongruen) pola-pola personaliti-persekitaran (EAT) dan perbezaan tahap kongruen dari segi demografi iaitu dari segi jantina. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada inventori Self-Directed Search-Form Easy (SDS-E) versi Amla (1984) berdasarkan inventori SDS-E John L.Holland (1973, 1985). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS – PC+) yang melibatkan pengiraan frekuensi, peratusan, min, dan sisihan lazim. Ujian-t dua hujung juga telah digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan jantina dalam pola personaliti-persekitaran (EAT) di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan mengikut kursus masing-masing. Keputusan kajian perbandingan Kongruen Personaliti-Persekitaran (EAT-UTM) setiap kursus dari segi jantina berdasarkan analisis ujian-t yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan Kongruen Personaliti - Persekitran (EAT-UTM) di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan yang mengikuti kursus-kursus SMP-SM Kej (Mekanikal-Pembuatan), SMT-SM Kej (Mekanikal-Aerounatik), SRI-SM Sains (Rekabentuk Industri), SKG-SM Kej (Kimia-Gas), SSB-SM Sains (Biologi Industri), SPG-SM Sains serta Pendidikan (Biologi), SPH-SM Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), SPJ-SM Teknologi serta Pendidikan (Kej Mekanikal), SPN-SM Sains serta Pendidikan (Sains), SPP-SM Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) dan SPT-SM Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).Nilai ‘p’ yang diperolehi ialah antara 0.003 hingga 0.04 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (5%). Nilai ‘p’ ini adalah sangat rendah dan ini menunjukkan kecenderungan ke arah yang signifikan. Bagi lainlain kursus, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan Kongruen Personaliti-Persekitaran (EAT-UTM) di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan signifikan pada aras p<0.05. Indeks Kesesuaian Iachan dan Wiggins (1981) digunakan untuk menentukan kesesuaian di antara personaliti yang diperolehi dengan kod persekitaran. Keputusan kajian menunjukkan bahawa jenis personaliti sosial telah muncul sebagai jenis yang dominan dan keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap keserasian (kongruen) personaliti-persekitaran bagi 60 jenis kursus adalah “hampir tidak padan�. Kajian ini berjaya meninjau bahawa terdapat elemen-elemen dalam sesetengah bidang pengajian atau pekerjaan itu tidak selaras dengan minat personaliti individu sebagaimana yang telah disarankan oleh Teori Kerjaya Tipologi Holland (1973, 1985) dan The Educational Opportunities Finder (EOF) oleh Holland (1973, 1985). Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini memberi ruang untuk disusuli dengan kajian lanjutan mencari hubungan pencapian akademik dan gaya pembelajaran dengn pola-pola personaliti-persekitaran pelajar-pelajar. Dengan itu adalah dicadangkan agar pihak universiti dengan kerjasama Unit Perkembangan Sumber Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia membentuk pemetaan ‘College Major’ ala Malaysia untuk kaunselor-kaunselor bagi rujukan kemasukan pelajar-pelajar baru ke Universiti Teknologi Malaysia khususnya, memandangkan bahawa kesesuaian sesuatu bidang pengajian atau pekerjaan itu penting berorientasikan diri pelajar dengan persekitarannya.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:personality-environment (P-E Fit), degree of congruence, personality-environment pattern (EAT), academic perfomance
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:3759
Deposited By: Zaidah Ramli
Deposited On:18 Jul 2008 00:19
Last Modified:06 Aug 2017 07:41

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page