Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh gaya hidup pelajar kejuruteraan di kolej kediaman UTM terhadap pencapaian akademik

Ahmad, A. and Idrus, S. M. and A. Malik, N. N. N. and Murad, N. A. and Ngajikin, N. H. and M. Esa, M. R. (2006) Pengaruh gaya hidup pelajar kejuruteraan di kolej kediaman UTM terhadap pencapaian akademik. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Full text)
97kB

Abstract

Aktiviti dan cara hidup banyak mempengaruhi pencapaian semasa termasuklah pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Kajian ini merangkumi gaya hidup pelajar di kolej kediaman Universiti Teknologi Malaysia iaitu waktu tidur, waktu belajar, kekerapan keluar kampus dan jawatan ko-kurikulum yang disandang. Perbincangan kertas kerja ini juga merangkumi kaedah pembelajaran dan pendapat pelajar tentang bagaimana mereka mengagihkan masa untuk belajar dan beriadah, pengaruh rakan sebaya terhadap proses pembelajaran dan kesan aktiviti kolej kediaman terhadap corak pembelajaran yang diamalkan. Selain daripada itu, perbincangan hasil soal selidik ini juga melibatkan gaya pembelajaran pelajar untuk melihat keberkesanan belajar berkumpulan, persediaan sebelum kuliah, bantuan rakan samada senior atau junior. Kajian sampel soal selidik telah dilakukan atas 587 pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada semester 1, sesi 2005/2006. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pengaruh gaya hidup pelajar kejuruteraan di universiti dan juga kolej kediaman terhadap pencapaian akademik. Perbincangan dalam kertas kerja ini memberi fokus kepada perbandingan di antara gaya hidup pelajar yang mempunyai PNGK tinggi dan pelajar yang mempunyai PNGK rendah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Gaya hidup; bumiputera; pelajar kejuruteraan; aktiviti pelajar; pencapaian akademik
Subjects:L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:374
Deposited By: Khairulbahiyah Yaakub
Deposited On:16 Feb 2007 00:52
Last Modified:23 Aug 2017 04:03

Repository Staff Only: item control page