Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ciri-ciri kreativiti bakal guru fizik semasa menjalankan dua aktiviti pembelajaran fizik berasaskan amali

Mohtar, Lilia Ellany and Abdullah, Fatin Aliah Phang and Sulaiman, Seth and Surif, Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Ali, Marlina (2013) Ciri-ciri kreativiti bakal guru fizik semasa menjalankan dua aktiviti pembelajaran fizik berasaskan amali. In: 2nd International Seminar on Quality & Affordable Education (ISQAE 2013).

Full text not available from this repository.

Abstract

Menerusi literatur, kreativiti boleh diperhatikan melalui beberapa ciri-ciri seperti pemikiran divergen, menyelesaikan masalah, imaginasi, keunikan, rasa ingin tahu, keterbukaan dan keyakinan (Cropley, 2001; Cheng, 2004; Sriraman, 2004; Aboukinane, 2007; Hong dan Kang, 2009; Pedersen dan Burton, 2009). Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji ciri-ciri kreativiti serta membuat perbandingan ciri-ciri tersebut dalam dua aktiviti pembelajaran fizik berasaskan amali iaitu Latihan Amali Fizik (LAF) dan Projek Inovasi Fizik (PIF) di kalangan bakal guru fizik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini telah dijalankan selama satu semester dan melibatkan 12 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan Fizik dari Fakulti Pendidikan, UTM. Kaedah triangulasi iaitu temubual dan pemerhatian telah digunakan untuk mengumpulkan data berkaitan ciri-ciri kreativiti semasa responden menjalankan LAW dan PIF. Data daripada sesi temubual telah dianalisis menggunakan model analisis interaktif data kualitatif yang telah diperkenalkan oleh Miles dan Huberman (1994) dan telah dianalisis bersama dengan data pemerhatian. Keputusan kajian menunjukkan, bakal guru fizik dapat menonjolkan kesemua ciri-ciri kreativiti yang dikaji semasa menjalankan PIF tetapi tidak dapat menunjukkan dua ciri kreativiti iaitu ciri menyelesaikan masalah dan keunikan semasa menjalankan LAF. Perbandingan ciri-ciri kreativiti mendapati bahawa aktiviti pembelajaran berasaskan inkuiri seperti PIF dapat menggalakkan lebih banyak ciri-ciri kreativiti berbanding LAF yang dibantu oleh buku manual. Oleh itu adalah dicadangkan supaya aktiviti seperti PIF lebih banyak diamalkan kepada bakal guru fizik sebagai salah satu latihan untuk membentuk guru yang kreatif.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:37389
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:03 Apr 2014 04:49
Last Modified:26 Sep 2017 00:35

Repository Staff Only: item control page