Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi konsep fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan STEM bagi pelajar Tingkatan Enam Atas

Lee, Jun Hung and Abdullah, Fatin Aliah Phang and Bunyamin, Muhammad Abd. Hadi (2013) Aplikasi konsep fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan STEM bagi pelajar Tingkatan Enam Atas. In: 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education 2013.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap minat pelajar terhadap fizik, tahap pelajar mengaplikasikan konsep fizik dan kekangan yang menyebabkan pelajar tidak boleh mengaplikasikan konsep fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan STEM. Seramai 160 orang pelajar tingkatan enam atas dari enam buah sekolah menengah sekitar Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Keupayaan Fizik yang berasaskan STEM (STEM-FIZ), Soal Selidik Minat Pelajar Terhadap Fizik (MINFIZ) dan temubual. Data daripada MINFIZ dan STEM-FIZ dianalisis secara kuantitatif manakala data temubual dianalisis secara kualitatif. Keputusan MINFIZ menunjukkan pelajar berminat terhadap fizik dengan min skor keseluruhan 73.15 (sisihan piawai = 10.21). Keputusan STEM-FIZ menunjukkan tahap aplikasi konsep fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan STEM adalah rendah dengan min skor 41.7 (sisihan piawai = 30.64). Analisis kolerasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan (r = 0.109 dan P = 0.169) antara minat pelajar terhadap fizik dengan aplikasi konsep fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan STEM. Analisis temubual menunjukkan bahawa kekangan yang menyebabkan pelajar tidak boleh mengaplikasi konsep fizik dalam menyelesaikan masalah yang berasaskan STEM ialah kegagalan pelajar menguasai konsep fizik dan matematik, P&P yang sehala dan tidak memusatkan pelajar serta latihan yang jarang disemak dan dibincang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:37383
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:03 Apr 2014 04:49
Last Modified:26 Sep 2017 00:32

Repository Staff Only: item control page