Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perkembangan Industri Petroleum Dan Sumbangannya Kepada Negara

Samsuri, Ariffin and A. Rahman, M. Azmi Perkembangan Industri Petroleum Dan Sumbangannya Kepada Negara. In: Kongress Sains dan Teknologi Malaysia 1992, Sesi Johor, Seminar Peranan Sains dan Teknologi Dalam Pertumbuhan Industri Johor, Johor.

[img] PDF
1311Kb

Abstract

Industri petroleum di Malaysia bermula pada awal tahun 1910 dengan penemuan telaga komersial pertama di Miri, Sarawak dan pada tahun 1988, industri ini merupakan penyumbang kedua kepada ekonomi negara, iaitu selepas industri pembuatan. Pada akhir tahun 1991, industri ini telah menjadi penyumbang terbesar eksport barangan utama negara. Perkembangan industri petroleum di Malaysia seterusnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keluasan kawasan kontrak, rekod penemuan, keadaan politik negara dan dunia, polisi kerajaan, sistem pengagihan pengeluaran, jumlah permintaan, harga barangan petroleum, kemudahan infrastruktur, tenaga buruh dan insentif yang ditawarkan. Setakat ini keluasan kawasan kontrak negara ialah kira-kira 530,000km persegi dan sehingga kini, dengan jumlah rezab minyak yang masih ada iaitu 3.8 ribu juta tong dan rezab gas pula sebanyak 67.8 trillion kaki padu. Dengan anggapan tiada penemuan rezab baru dan kadar pengeluaran purata minyak 600,000 tong/hari, rezab minyak negara mampu bertahan selama lebih kurang 15 tahun lagi. Dengan kadar pengeluaran purata gas sebanyak 1.7 ribu juta kaki padu/ hari, rezab gas negara pula mampu bertahan selama 95 tahun lagi. Secara am, industri petroleum di Malaysia merangkumi sektor huluan, iaitu penjelajahan, peggerudian, pengeluaran dan pembangunan reserbor petroleum dan sektor hiliran seperti pemprosesan, penapisan, pembangunan dan pemasaran bahan-bahan berasaskan petroleum serta aktiviti petrokimia. Dari kajian yang dilakukan, jelas terlihat industri petroleum di Malaysia lebih tertumpu kepada sektor hiliran, terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan gas dan petrokimia. Kedua-dua aktiviti ini diramalkan akan berkembang dengan pesatnya sehingga tahun 2000. Walau bagaimanapun, sektor huluan juga diramalkan akan meningkat apabila pihak Petronas melaksanakan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran yang baru, penggunaan teknologi canggih dalam aktiviti huluan, penawaran blok laut dalam dan daratan dilaksankan. Arah industri petroleum dan penggunaan tenaga negara pada amnya akan ditumpukan kepada peningkatan rezab petroleum negara melalui aktiviti huluan dan penggunaan sumber gas negara dengan optimum serta peningkatan usaha mengawal pencemaran alam.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering (Formerly known)
ID Code:3735
Deposited By: Prof Dr Ariffin Samsuri
Last Modified:01 Jun 2010 03:11

Repository Staff Only: item control page