Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rekabentuk asas di dalam program pengawalan kualiti udara

Mohd. Yusoff, Mohd. Rashid (1990) Rekabentuk asas di dalam program pengawalan kualiti udara. Alam Sekitar, 11 (1). pp. 9-11.

[img] PDF
158kB

Abstract

Pencemaran alam adalah satu daripada gejala yang sangat banyak diperbincangkan oleh semua pihak di serata dunia ketika ini. Pencemaran air, udara, sisa kima berbahaya dan sebagainya adalah akibat daripada proses pembangunan dan perindustrian yang pesat tanpa mengira hasil-hasil buangan serta kesan-kesan buruk terhadap alam sekeliling. Peristiwa demi peristiwa seperti kejadian 'asap hitam' di London, kabut tebal di kawasan perindustrian Meuse Valleh, Belgium dan di pekan kecil Donora, Pennsylvania, semuanya melibatkan kematian akibat daripada pencemaran udara yang dahsyat. Tidak ketinggalan juga kejadian hujan berasid yang menjadi perbualan hangat dewasa ini di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Konsep pengawalan kualiti udara adalah sangat penting terutama kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti perindustrian. Ini bermakna segala bahan-bahan emissi atau hasil buangan mestilah dikawal rapi melalui perancangan-perancangan yang menyeluruh dengan mengambil kira segala aspek yang boleh. Perancangan seperti mengambil kira rekabentuk proses ketika masih di peringkat awal lagi dapat mengawal atau mengurangkan bahan-bahan pencemaran. Ini mestilah dijadikan sebagai satu langkah asas di dalam program pengawalan kualiti udara.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:rekabentuk asas, pengawalan kualiti udara, pencemaran
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:3733
Deposited By: Sharifah Rafidah Wan Alwi
Deposited On:21 Jun 2007 08:44
Last Modified:07 Feb 2017 07:26

Repository Staff Only: item control page